Posts

Showing posts from April, 2011

keseorangan mencari inspirasi..ada cerita...

Image
Esok seperti biasa hari kembali sibuk, kebiasaannya malam ini aku akan berehat agar esok isninku menjadi lebih ceria untuk memulakan kerja, namun entah kenapa malam ini terasa seakan mahu bersendiri, aku biasanya akan bersendiri kalau perlukan inspirasi untuk menulis, tapi semenjak berada dalam dunia pekerjaan ini masa tu jarang memberi kesempatan untuk aku berkarya, sebaliknya aku bergelumang dengan tekanan dan kesibukan.
seperti biasa untuk memudahkan aku mendapatkan internet secara percuma, aku akan berada di Mcd sehingga pagi sambil melihat gelagat pelbagai ragam manusia. sedang asyik melayan makan malam Mcchiken burger dan coffee teringat pula satu karya yang aku pernah tuliskan hasil daripada kisah benar seorang pelajarku, cerita yang telahku olah menjadi satu kisah analogi yang cukup bermakna bagiku, mungkin orang lain kurang memamahi isinya kerana ianya agak mendalam agar aku dapat merahsiakan jalan sebenar ceritanya. dan hari ini aku buka kembali plotnya untuk dikongsi dan dig…

Mengapa Lelaki Kahwin Lambat? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

saat dunia sesak bernafas
kerana sikap rakus manusia 
mencampakkan noda
melontarkan dosa disana sini,
agar ia beranak pinak,

Ketika dihulur salam amanah, bumi ini tidak lagi bernafas lega menyambut kemanusiaan dengan jerit sakit dan luka parah.
lelaki muda mereka jarang terpandang mata, yang ramai hanya pakcik-pakcik tua berwajah duka, perempuan-perempuan berwajah pilu dan anak-anak mereka bermata pedih sayu. semuanya memandang harap di mata kami yang basah berlinang.

disana masih ramai lagi bangsaku menjadi korban, namun masih ramai juga bangsaku yang mampu memandang, disana juga ada bangsaku yang bersorak gembira,

dimana dapat hati ini tenang, melihat semua permainan bangsa sendiri, bergelut dengan darah dan tangisan, di bumi jenin masih lagi belum reda.

aku berfikir lagi menulusuri setiap saat pengorbanan mereka, melihat apa yang terjadi di bumi ini jauh berbeza dengan di sana, aku bersyukur namun tidak pula berbangga kerana aku percaya Allah itu maha Agung, mungkin keamanan di sini ju…

Di Ufuk Fajar karya Aminah Mokhtar

SURAT UNTUK NILAM

sahabatu Nilam yang mulia. aku tahu hati kau ikhlas dan suci. kau orang sembahyang. aku rasa kau selalu ke masjid, dan inilah masjid yang paling hampir dengan tempat kerja kau. nama aku, Zulaikha Fitri, kau masih ingat?
aku terhutang kepada kau pada kata-kata ini - hati-hatilah, dunia ini bnayk jerat. silap langkah, kita tidak berpeluang pulang.
aku kemalangan ketika kesan Ecstacy masih belum hilag. aku tidak sedarkan diri. orang kata hidup aku bergantung pada mesin-mesin. setiap saat aku diseksa bayangan hukuman atas osa-dosa aku. ketiga-tiga anak yang ku jualkan kepada orang bukan islam menjerit-jerit minta diselamatkan. bagaimana mahu selamatkan mereka, nilam? aku tidak pernah tahu siapa yang mengambil anak aku. mereka gunakan nama samaran. mereka tidak mahu dihubungi selepas penjualan itu. masa itu aku fikir apa pentingnya hubungan itu, semuanya sudah aku jualkan dan aku mendapat keuntungan dengan melupakan semuanya. ketiga-tiga janin yang aku bunuh selalu datang me…

perjalanan mencari cinta putus harapan ~

sekali lagi cinta itu sering membuatkan aku menjadi tidak waras~ melakukan sesuatu yang aku sendiri menyedari namun tidak pula mengambil langkah untuk berfikir 2 kali~

selesai solat maghrib, aku terbaring keletihan, kerja2 pejabat yg tidak pernah habis membuatkan aku mual. fikiran melayang memikirkan apa yang perlu ku lakukan.. jam ditangan menunjukkan tepat jam 8.00 malam.
fikiran terbayangkan seorg insan yang tidak pernah luput dari hati...seakan rindu menerpa saat aku ditimpa fikiran yang bercelaru~
mungkinkah malam ini dapat aku bertemu dengannya? fikiran meronta2...jam masih awal lagi....bukan senang untuk ke tempatnya yang agak jauh dari rumahku~ mungkin mengambil masa berjam lamanya.

namun tanpa fikir panjang ku bergegas siap dan pandu MYvi AFN berdesup membelah kesibukan malam~
sampai di tengah perjalanan aku menghubunginya untuk memberitahunya aku dalam perjalanan ke tempatnya~ mungkin ia akan memberi kejutan..

namun kejutan itu menguji diriku saat aku tidak dapat menghubungi…

masihkah mereka ingat pada bala ALLAH satu ketika dahulu???

Image
Allah SWT menjadikan alam ini dengan cukup sempurna. Setiap sesuatu yang diciptakannya pula berpasangan-pasangan. Ada langit, ada bumi. Ada siang, ada juga malam. Juga kejadian-kejadian lain yang menyaksikan hikmah yang tersembunyi disebaliknya adalah untuk saling melengkapi antara satu dengan lain. Dengan itu alam ini menjadi seimbang.

Begitu juga dengan kejadian manusia. Sejarah penciptaan makhluk istimewa yang diamanahkan untuk menjadi khalifah di bumi ini dimulakan dengan penciptaan Nabi Adam AS. Kemudian Allah SWT menciptakan pula pasangan bagi Adam AS yang dinamakan Hawa. Kisah penceritaan ini ada dinyatakan dalam ayat 1 surah An-Nisa.

Maksud firman Allah SWT:
"Hai sekelian manusia , bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanyalah Allah menciptakan isteinya dan daripada kedua-duanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak."
Maka jelaslah, sifat semula jadi alam ini adalah lelaki akan tertarik kepada p…