perjalanan mencari cinta putus harapan ~

sekali lagi cinta itu sering membuatkan aku menjadi tidak waras~ melakukan sesuatu yang aku sendiri menyedari namun tidak pula mengambil langkah untuk berfikir 2 kali~

selesai solat maghrib, aku terbaring keletihan, kerja2 pejabat yg tidak pernah habis membuatkan aku mual. fikiran melayang memikirkan apa yang perlu ku lakukan.. jam ditangan menunjukkan tepat jam 8.00 malam.
fikiran terbayangkan seorg insan yang tidak pernah luput dari hati...seakan rindu menerpa saat aku ditimpa fikiran yang bercelaru~
mungkinkah malam ini dapat aku bertemu dengannya? fikiran meronta2...jam masih awal lagi....bukan senang untuk ke tempatnya yang agak jauh dari rumahku~ mungkin mengambil masa berjam lamanya.

namun tanpa fikir panjang ku bergegas siap dan pandu MYvi AFN berdesup membelah kesibukan malam~
sampai di tengah perjalanan aku menghubunginya untuk memberitahunya aku dalam perjalanan ke tempatnya~ mungkin ia akan memberi kejutan..

namun kejutan itu menguji diriku saat aku tidak dapat menghubunginya....berkali-kali aku cuba sehingga hilang fokusku kepada pemanduan...hampir berpuluh2 kali namun gagal...aku berada di sebuah pekan berlorong kecil...seingat aku tidak jauh lagi untuk aku sampai kepada cinta yang dicari...

aku teruskan menghubunginya namun gagal~ emosi ku tidak terkawal...mahu sahaja aku menghempaskan telefon bimbitku...namun warasku masih memanduku ke jalan sabar~

akhirnya aku cuba untuk kali terakhir~ alhamdulillah panggilan ku diangkat dengan ucapan maaf~

hal itu aku tolak tepi yg penting mahu capai matlamat pergi dan pulang, aku menceritakan keadaan dan niat yang sebenar~ namun jawapan kecewa yang ku terima~ mungkin salah aku kerana tidak berbincang terlebih dahulu dan cipta keputusan melulu~

akhirnya AFN ku membuat U-turn kerana aku tidak mahu pencarianku sia2...mungkin ini cabaran...aku sedapkan hati....

namun ia tidak sedikit pun membuatkan aku patah semangat~ kerana dia sudah lama bertakhta dalam hati....

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

terima kasih atas pemberian itu...

Mabuk Tak Hensem,Tapi Bijak...by embush...

Pocket Inspired: Tentu nak wangi