saat dunia sesak bernafas
kerana sikap rakus manusia 
mencampakkan noda
melontarkan dosa disana sini,
agar ia beranak pinak,

Ketika dihulur salam amanah, bumi ini tidak lagi bernafas lega menyambut kemanusiaan dengan jerit sakit dan luka parah.
lelaki muda mereka jarang terpandang mata, yang ramai hanya pakcik-pakcik tua berwajah duka, perempuan-perempuan berwajah pilu dan anak-anak mereka bermata pedih sayu. semuanya memandang harap di mata kami yang basah berlinang.

disana masih ramai lagi bangsaku menjadi korban, namun masih ramai juga bangsaku yang mampu memandang, disana juga ada bangsaku yang bersorak gembira,

dimana dapat hati ini tenang, melihat semua permainan bangsa sendiri, bergelut dengan darah dan tangisan, di bumi jenin masih lagi belum reda.

aku berfikir lagi menulusuri setiap saat pengorbanan mereka, melihat apa yang terjadi di bumi ini jauh berbeza dengan di sana, aku bersyukur namun tidak pula berbangga kerana aku percaya Allah itu maha Agung, mungkin keamanan di sini juga akan berakhir saat semua manusia buat pekakkan telinga. pergelutan berlaku dimana-mana.

Comments

Popular posts from this blog

terima kasih atas pemberian itu...

KISAH SEMALAM (1)

Pocket Inspired: Tentu nak wangi