Posts

Showing posts from May, 2011

BULAN INI....SAKIT!!!

Image
Hah! sudah tengahari, aku terkejut melihat masa berlalu begitu pantas, baru sahaja aku keluar sarapan pada pukul 9 pagi tadi. huhhh! aku mendengus panjang, duit! duit! baru sahaja aku mendermakan RM150 untuk tukar bateri kereta, nampaknya bulan ni aku terpaksa berjimat cermat. Aku terpaksa menghadapi dugaan dalam perbelanjaan, lihat sahajalah berapa banyak yang perlu aku gunakan bagi menampung segala kos perbelanjaan dengan hanya menggunakan duit gaji untuk bulan ini.
 baiki laptop rosak:                       RM 450.00 bulanan kereta MyVi SE              RM 600.00 tukar bateri kereta :                      RM 150.00 bil tunggakan Astro:                     RM 150.00 bil handfon:                                  RM 150.00 bil broadband:                              RM    68.00 duit mak ayah                              RM 200.00            JUMLAH                                     RM 1768.00

jika ditolak dengan duit gaji yang tidak seberapa, untuk bulan ini aku hanya dapat menggunakan …

monday blues!!!

Image
Aku dikejutkan dengan bunyi ketukan pintu, suara ibuku nyaring mengejutkan aku untuk bersolat, ibuku cukup prihatin bab-bab solat ni,mungkin sebab itu aku dididik untuk takut meninggalkan solat. Jam tangan diatas meja menunjukkan jam 6.30 pagi, aku bangun penuh longlai mencapai tuala yang tersangkut di kerusi.
sesudah solat subuh, aku bersandar dikatil, pagi terasa masih awal untuk bersiap ke tempat kerja, hermm! hari ini hati terasa tidak selesa memikirkan hal yang berlaku pada hari sabtu lalu. ak mencapai novel Blues Amni"OH! kerja" yang ku beli sewaktu lepak dengan kawan hari tu. 



Aku menghabiskan satu bab, ceritanya membuatkan aku ketawa kecil dan fikiran terbang melupakan segala masalah.Aku pastikan hanya satu bab sahaja yang sempat ku baca, kalo lebih nanti terlewat pula pergi kerja. Jam ditangan menunjukkan pukul 7.30 pagi, aku terus bersiap mengenakan baju kemeja putih iaitu baju rasmi hari isnin, terasa macam budak sekolah pulak. aku berada didepan cermin membetulkan …

cahaya menyinar lagi...

Image
Pagi sudah mula hangat. Matahari dhuha tersenyum melahirkan rasa kesyukuran dan penuh Rahmat. Segar matahari dhuha memancar bangunan Kolej. Hilai tawa dan suara-suara hafalan nota bergema di setiap sudut rehat. Pelajar-pelajar menungu masa untuk ke medan peperiksaan. Tidak sedikit pun terpancar wajah cemas,mungkin mereka sudah bersedia.
Hati seakan tidak mahu berada disini, cuti yang lama membuatkan aku sedikit rasa malas lalu jari bergerak pantas menekan butang papan kekunci komputer, beberapa komen dari kawan-kawan telah ku baca, itulah rutin harian yang sering kulakukan apabila ada masa senggang, setelah itu aku meneroka halaman jawatan kosong, terasa ingin memohon jawatan di tempat lain. kerana semakin hari, hati ku terasa gundah gulana, seakan ada sesuatu musibah yang akan berlaku. Perasaan ini telah wujud semenjak aku berada di arena ini.  teringat akan kata-kata sahabat yang menegur tentang rambutku yang ditumbuhi uban, itu tandanya aku banyak berfikir."Apa yang aku fikir?&q…

CORETAN PAGI

Image
Pagi ini cuaca agak baik, seperti biasa aku akan bergegas ke tempat kerja agar tidak lewat. segala sarapan yang disediakan oleh seorang ibu setia telah sedia ku jamah, hari ini aku tidak membawa motosikal sebaliknya mood memutuskan untuk aku menaiki kereta ke ofis. Dalam pemanduan yang agak tenang sambil radio Hot FM ke udara mendengar celoteh AG membuatkan aku tersenyum sendiri.
Aku sampai di pintu ofis terus saja "tumb print" dikala masa menunjukkan pukul 8.28 pagi, huh! nasib tidak lewat. terus aku melangkah ke bilik pejabatku, ada kerja yang perlu dibereskan. aku merebahkan diri di dada kerusi empuk~ komputer terus di "on" kan. Aku melihat ke luar jendela, terasa hari ini agak sunyi dan kebiasaannya situasi begini akan dirasai apabila semua "staf"sudah pulang dari kerja, kerana aku sering pulang lewat bagi menyelesaikan pekerjaan yang tidak pernah susut. Minggu ini kerja ku agak perlahan dan tidak tergesa-gesa mungkin kerana minggu ni pelajar berada da…