cahaya menyinar lagi...




Pagi sudah mula hangat. Matahari dhuha tersenyum melahirkan rasa kesyukuran dan penuh Rahmat. Segar matahari dhuha memancar bangunan Kolej. Hilai tawa dan suara-suara hafalan nota bergema di setiap sudut rehat. Pelajar-pelajar menungu masa untuk ke medan peperiksaan. Tidak sedikit pun terpancar wajah cemas,mungkin mereka sudah bersedia.

Hati seakan tidak mahu berada disini, cuti yang lama membuatkan aku sedikit rasa malas lalu jari bergerak pantas menekan butang papan kekunci komputer, beberapa komen dari kawan-kawan telah ku baca, itulah rutin harian yang sering kulakukan apabila ada masa senggang, setelah itu aku meneroka halaman jawatan kosong, terasa ingin memohon jawatan di tempat lain. kerana semakin hari, hati ku terasa gundah gulana, seakan ada sesuatu musibah yang akan berlaku. Perasaan ini telah wujud semenjak aku berada di arena ini. 
teringat akan kata-kata sahabat yang menegur tentang rambutku yang ditumbuhi uban, itu tandanya aku banyak berfikir."Apa yang aku fikir?"aku menelaah kata-kata tersebut di benakku. 

jam pantas berlalu bagai angin bertiup yang tidak mampu dikejar dan dipegang., jika mampu aku menyentuhnya mahu sahaja aku menarik agar dapat ku hentikannya seketika. Kebosanan mula menguasai diri saat semua kerja berada padat tersimpan dalam memoriku. Lalu aku lupakannya seketika, aku ambil buku Trevelog Hidayah yang menyimpan 1001 input, helaian demi helaian diselak, terlihat kata-kata yang cukup indah. Itu lah kata-kata Pencinta Hidayah.

Hidayah yang menggerakkan kaki bagi melangkah ke tempat-tempat pengajian. Hidayah yang menggerakkan tangan ini bagi terus belajar. Malah, hidayah yang mengerakkan seluruh anggota tubuh bagi sentiasa menggunakannya demi menuntut keredhaan dari Allah.

Semalam Biarkan Berlalu
Semalam yang aku lalui
bersama satu impian murni
ku genggam erat sebagai satu petanda
di hari muka, kelak akan tercapai jua
semalam yang aku lalui
bersama kegelapan sebagai teman
kutangisi dan sesali
kerana leburnya impian itu
Namun semalam jua
terpukau mata memandang cahaya nan terbit
cahaya yang menerangi kembali kegelapanku
petanda pengharapan impianku bersinar
Semalam sudah berlalu 
biarkan ia terus berlalu
di hadapan sana aku terus melangkah
bertemankan cahaya dari-Nya
terima kasih wahai Pencipta
kerna impianku kini sudah tercapai

kata-kata indah penulis yang barangkali hidayah terlalu dekat dengannya, terasa diri ini lemah dan rendah kerana mutiara itu jauh dariku. setiap bait kata-kata tulisannya memberi makna mendalam, dan kadangkala kata-kata ini menyedarkan aku dari lamunan. menyedari aku hanyalah insan, yang menumpang dari setiap sudut dunia yang tidak mampu ku balas andai semuanya berakhir.
 

Comments

Popular posts from this blog

terima kasih atas pemberian itu...

Mabuk Tak Hensem,Tapi Bijak...by embush...

Pocket Inspired: Tentu nak wangi