Posts

Showing posts from June, 2011

sayang ke akhirnya...

Image
sayang itu membuatkan hati sentiasa dekat walaupun jarak itu kadangkala menjauhkan kita. kerana itu masa sering dihitung untuk sayang itu berbunga dan menyatukan hati yang semakin lama terpendam. Aku mengira masa dan duit. mencari-cari peluang yang ada agar aku dapat memujuk sayang menerima diri ini sebagai manusia yang sah dalam hidupnya. fikiran melayang memikirkan masa depan yang masih belum utuh dan perancangan yang mampu tidak untuk aku gapai demi mengabdikan diri menjadi peneman hidup buat dirinya.
kadangkala fikiran ini bercelaru entah kenapa. ada sahaja rintangan yang datang saat aku lakukan demi sayang ini. ku panjatkan doa agar aku bertemu jodoh dengan insan yang aku sayangi selama ini. 
"demi kasih yang abang berikan buat sayang kadangkala tidak sempurna namun percayalah bahawa sayang ini tidak pernah kosong. abang bukan lah manusia yang sempurna dari paras rupa, agama senipis kulit bawang, ilmu serendah buku lali, namun hadirnya sayang membawa kesempurnaan dalam hidup a…

hari yang mendung

Image
sejak semalam hari mendung, semendung mataku yang tidak dapat berhubung dengan fikiran, badan terasa lemah. Entah bila dapat aku berehat puas tanpa memikirkan apa-apa tentang kerja. tugasku seharian kadangkala memberi satu ancaman kepada kesihatan dan kegembiraan. Nasib baik hari ini bos keluar meeting.

terasa badan tidak selesa berada di pejabat. suasana yang sunyi kerana ramai pensyarah yang sedang bercuti, inilah masa bagi mereka untuk bercuti sepuas-puasnya kerana apabila waktu pembelajaran kuliah bermula mereka tidak lagi dapat kesempatan untuk bercuti.

aku semakin tidak faham mengapa kerja aku semakin bertimbun, teringat novel yang pernah aku baca "blues Amni, Oh! Kerja" seolah-olah aku berada dalam watak Amni hanya bezanya dia wanita dan aku lelaki, mungkin aku boleh menghasilkan novel bagi menceritakan pengalaman kerjaku, arghh! tiba-tiba fikiran mula melayang.

Baru sahaja panggilan dari pihak travel konsultan memintaku untuk datang ke Gua Tempurung untuk memberikan…

RENUNGAN PARA PASANGAN

Image
" Pernikahan menyingkap tabir rahsia, isteri yang dinikahi, tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidak setabah Fatimah, justeru isteri hanyalah, wanita akhir zaman, yang punya cita-cita menjadi solehah, pernikahan ataupun perkahwinan, mengajar tentang kewajipan bersama. menginsafkan tentang perlunya iman dan taqwa, untuk belajar meniti sabar dan redha, kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana, justeru kita akan tersentak dari alpa. Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w pun bukanlah Saidina Ali Karamallah Wajhah cuma kita, suami akhir zaman, yang berusaha menjadi soleh,"

AKU BERLARI DAN TERUSKAN BERNYANYI...

kenapa terasa waktu semakin pendek, seolah-olah semuanya harus dikejar. jadual harian seolah tidak berfungsi saat semuanya hilang aturan. jika siang aku sibuk dengan kerja-kerja pejabat namun malam pula mengambil masa mendidik anak bangsa, jika ada masa terluang, bersama teman-teman bergelak ketawa.

mata ini sentiasa letih, tunggu semuanya berakhir dapatlah mata ini rehat untuk menghadapi esok yang belum pasti. gelak paksa sering menyembunyikan keletihan dan kadangkala ianya seperti dapat berkongsi dengan yang lain. bila lagi mahu aku berlari dengan nada bernyanyi kegembiraan seperti dahulu.

teringat ketika zaman aku belajar semuanya indah walaupun kadangkala merasai sedikit keperitan namun tidak sama dengan sekarang, biasalah kehidupan ini penuh warna warni dan ada juga warna mendung di mana-mana. masalah datang dan pergi, aku tetap aku yang harus menerimanya sebagai pencetus kepada kehidupan yang dikurniakan ALLAH buat insan pelupa.