sayang ke akhirnya...


sayang itu membuatkan hati sentiasa dekat walaupun jarak itu kadangkala menjauhkan kita. kerana itu masa sering dihitung untuk sayang itu berbunga dan menyatukan hati yang semakin lama terpendam. Aku mengira masa dan duit. mencari-cari peluang yang ada agar aku dapat memujuk sayang menerima diri ini sebagai manusia yang sah dalam hidupnya. fikiran melayang memikirkan masa depan yang masih belum utuh dan perancangan yang mampu tidak untuk aku gapai demi mengabdikan diri menjadi peneman hidup buat dirinya.

kadangkala fikiran ini bercelaru entah kenapa. ada sahaja rintangan yang datang saat aku lakukan demi sayang ini. ku panjatkan doa agar aku bertemu jodoh dengan insan yang aku sayangi selama ini. 

"demi kasih yang abang berikan buat sayang kadangkala tidak sempurna namun percayalah bahawa sayang ini tidak pernah kosong. abang bukan lah manusia yang sempurna dari paras rupa, agama senipis kulit bawang, ilmu serendah buku lali, namun hadirnya sayang membawa kesempurnaan dalam hidup abang."

teringat kelibat wajahnya yang Ayu seayu pelakon jelita Ayu raudhah ketika bertudung menjadikan aku tersenyum sendiri. tiada lagi panggilan telefon untuk aku dan dia, kerana zaman itu sudah berakhir, jika aku menghubunginya, diam lebih banyak dari bercakap, mesej sering sahaja lambat dibalas.

" sayang maafkan abang, itu bukan sengaja namun mengertilah bahawa itu bukan alasan untuk abang menjauhkan diri dari sayang, mengertilah bahawa hati abang masih kuat cuma terasa itu semua tidak manis seperti dahulu. abang sering sahaja tiada masa buat sayang. tapi abang percaya hati abang dan sayang mampu menyatukan kita walaupuan bukan dengan talian telefon."

aku semakin takut berjanji kerana itu seringkala merosakkan. aku bukan jenis yang mengotakan janji, lebih baik berdiam dari mewar-warkan apa yang berlaku. aku harap dia faham dan mengerti bahawa adanya dia untukku.

" sayang hanya satu yang abang pinta, sabarlah atas nama cinta kita dan pecaya kepada Tuhan, semua itu pasti ada hikmah, maafkan atas ketidaksempurnaan abang keatas sayang, "

Comments

Popular posts from this blog

terima kasih atas pemberian itu...

Mabuk Tak Hensem,Tapi Bijak...by embush...

Pocket Inspired: Tentu nak wangi