ADA YANG MASAM ADA YANG MANIS...bese r idup!!!


Masa mula2 kenal dunia…hidup hanya untuk main…duduk di rumah masa dihabiskan depan tv, makan, dan main…bila dah berakal sikit dah pandai cari kawan…duduk depan rumah tgk ramai budak2 main kat luar masa tu mula nak berkawan…hidup kosong…tak pernah fikir nak buat apa2…24 jam adalah masa kat rumah…kalo sabtu dan ahad ayah ngan mak bawak jalan2…bila usia naik 5 tahun…dah mula kene hantar ke sekolah tadika. masa tu nangis takut nak pergi sekolah. mak ayah yang bagus siap tunggu anak sampai habis kelas.
setahun dua berlalu, naik pulak sekolah rendah…dulu masa sekolah rendah, malas nak belajar…pagi di sekolah x pernah faham apa cikgu ajar..otak ke lain  fikir nak main…petang pergi mengaji ilmu akhirat, otak menjalar fikir bila nak habis kelas…bila sampai petang main x ingat dunia... senja baru balik…

Bila naik darjah enam…otak fikir camner nak naik tingkatan…rasa takut sebab semua kawan sekolah rendah akan hilang…bila naik tingkatan satu  mula kenal kawan-kawan baru…mula2 semangat belajar..rajin..bila dah kenal ramai kawan…mula jadi budak banyak main…masuk asrama…semua berkawan…makan…mandi…study dan tido hampir 24 jam adalah dengan kawan…bila naik tingkatan 3 berhadapan dengan satu lagi azab iaitu PMR…dah bosan dengan sekolah ni “ingat kalau dapat terbaik dalam PMR boleh la dapat sekolah baik sikit” tapi bila result keluar baru terkial2 dalam kepala otak sekolah mana pulak nak pergi

Bila naik tingkatan 4…sekolah pun makin tinggi…otak main mula kurang namun datang otak menggatal…tengok budak2 perempuan semua dah macam anak dara, kalau dulu sekeping sekarang masing2 dah bawak nasi lemak…bila kawan dah ada…semua satu kepala…masih lagi sekolah asrama namun panjang sikit kakinya…kelas jadi medan sembang pasal perempuan…nasi lemak dari 50 sen sampai 1 ringgit semua keluar…mata makin ligat pandang kiri dan kanan…bila dah pertengahan..rasa dunia ini “ana yang punya”…cari2 calon untuk buat awek…”biasalah tahun honeymoon” kata-kata yang x pernah serik ngan kegagalan lalu…namun kata orang” ada peluang jgn lepas” cinta monyet, semua nak buat main…putus cari lain tu je la yang tau…

Bila  naik tingkatan 5 kalau yang duduk kelas pandai tu dah mula serius sbb tahun SPM, yang kelas akhir2 masih main2…namun yang tak berkecuali kalau dulu yang geng2 skema relek tgk buku tp naik tingkatan 5 masing2 dah ader awek…ader plak masa dorg ushar awek???…bila exam dah dekat baru ingat keluarga…telefon mintak restu mak ayah…mula dapat surat apologies dr ex-aweks dan aweks2 minta maaf…kalau jumpa kawan2 semua nak mintak maaf…takut2 gagal exam sbb ustaz kata kalo wat salah ngan org x dpt dimaafkan ilmu x berkat t gagal exam…bl abis exam mati akal nak buat apa…cuti 3 bulan tunggu result…masa ni ramai yang cari kerja sambilan…

Bila result exam kuar…jumpa blk kawan2…tgk result dah macam2 gelagat…ada yang macam baru hilang kelurga, nangis x ingt dunia…ada yang redha…ada yang ketawa seronok…ada yang duduk x kata apa2…yang result ok tu semua handset di telinga telefon keluarga…ada jugak yang blah cam tu jer sedar2 dah ilang…
yang gagal sedang cari kehidupan, yang sederhana cari lubang sabung belajar, yang cemerlang x yah ceritalah, tgu tawaran menanti…

Yang berjaya masuk Universiti…”Alhamdulillah “panjang terucap…tak tahu lagi kehidupan…macam masuk asrama juga ,semua kawan2 dah lain..dapat kawan satu bilik yang berbeza negeri dan budaya…kalau dulu asrama perkataan “rockoll” selalu kedengaran tambahan pulak sembahyang 5 waktu mesti berjemaah. tapi Universiti…kalau x sembahyang siapa x peduli…”ko hal ko, aku hal aku”…dunia pembelajaran bertukar jadi dunia belajar enjoy…kuliah tak tetap macam sekolah…banyak sangat masa rehat…malam umpama siang …siang pula umpama malam…alam ni mengajar pengalaman yang pelbagai…kalau x reti bawak diri boleh hanyut…daripada kekampungan boleh tukar jadi kebandaran…dah pandai belajar berpakaian…kalo dulu baru masuk U semua pakai macam sarung nangka…sekarang semua dah slim ketat2…perempuan dah pandai make up tebal, lelaki dah pndai cari pakaian berjenama,..movie,game, sukan,dan dating jadi aktiviti masa terluang…outing pulak jadi aktiviti hujung minggu.

Yang paling seronok kepada bebudak U kalo dapat duit pinjaman mahupun tajaan…masa tu nampak la student U dekat shoping kompleks…shoping kompleks dah jadi macam U…joli sakan…tapi bila dah hujung2 semester masing2 x tau kemana…batang hidung pun susah nak nampak…ada yang pergi library, ada yang pergi perbincangan, ada yang duduk bilik x keluar2 semua gara2 nak “submit assighment”…bila masuk “exam period”masa tu la x tido malam, hati tak tenang dan kelam kabut telefon pensyarah mintak tips exam…kalau yang betul2 menggunakan masa di alam U memang puas…ada jugak bebudak yang terkandas di tengah jalan…baru semester 3 dah kene buang atau dismiss sbb gagal paper yang sama atau result sekadar bawah buku lali…

Yang bercinta tu dah macam husband &wife…makan pagi, tengah hari dan malam semua nak berdua….kalau mula2 masuk U semua dengan kawan…bila dah panjang kaki sikit semua nak dengan awek jer…pada masa ni awek atau balak semua masing-masing memang indah sebab masing2 berpengalaman dalam bab2 bercinta dulu…yer la masa sekolah dulu dah biasa cinta monyet…bila naik U yang lelaki fikir senang kalau awek dekat yang perempuan pula fikir kalau tak dapat balak masa belajar alamatnya akan jadi anak dara tua lah…

Kalau yang geng2 alim sikit yakni sering ke surau dan dah jadi ahli tetap masjid atau surau…akan sering manghabiskan masa dengan aktiviti surau…kalau yang berkenan di hati pun biar pendam kan saja…ada yang berani meluahkan perasaan atau suka sama suka tapi kene la bercinta ikut syariat…alim2 jugak tapi tuntutan nafsu harus dipenuhi…
bila dah start akhir2 tahun pengajian, bebudak U kan ambil praktikal yakni masuk alam pra pekerjaan…masa tu kelam kabut cari tempat yang boleh terima student untuk praktikal…bukan senang nak cari…akhirnya masing2 membawa diri…yang berkawan bernasib baik tapi yang dapat company untuk sorang student pandai2 bawa diri…x cukup dengan azab praktikal ada juga yang kena azab paling pedih masa alam U iaitu azab menghabiskan tesis atau kata saintifiknya latihan ilmiah…tajuk sampai 7 kali kene reject…masa tu mulut ringan dengan perkataan maki dengan penyelia…semua nak salahkan penyelia…terlalu straight la, rigid la dan macam2…bila tesis habis masing2 puas…seolah2 dunia tenang tanpa sebarang gangguan…kini hanya menanti exam dan keputusan.

Zaman suka duka dilalui hampir 3 atau 4 tahun bersama kawan2…waktu  paper exam terakhir hati seakan sayu bkn sbb nk blah dr U tp sbb sedih nk tinggalkan alam U bersama kawan-kawan…terasa masa terlalu singkat…baru terasa diri semakin meningkat usia…otak  mula menjalar fikir nak mintak kerja…hari-hari terakhir yang memang x dpt luper…malam terakhir sembg ramai2…mula buka cerita ttg saat mula perkenalan. semua terasa indah…masing2 sedih namun semua ego lelaki masih bertahan…tak tunjuk tahap sedih…cuma kata-kata terakhir yang kedengaran “nanti jgn lupa kwn2 kalau kawin”…dan sampai sekarang masih terngiang2 di telinga….

Kini alam manis belajar sudah berlalu…dan kini baru ku sedar alam pekerjaan jauh berbeza dari alam belajar…namun aku masih bersyukur kerana ku berada pada tahap ini…alam belajar itu mengajar erti kehidupan sebenar sebelum aku melangkah ke alam yang lebih mencabar…dan kini banyak lagi tanggungjawab yang harus ku pikul yang menanti dihadapan…siapa tahu???


Comments

Popular posts from this blog

terima kasih atas pemberian itu...

Mabuk Tak Hensem,Tapi Bijak...by embush...

Pocket Inspired: Tentu nak wangi