MANUSIA YANG TIDAK SEMPURNA...

sedalam cinta yang cuba kita ukirkan, namun kadangkala ia terasa sesak..akhirnya kegembiraan itu menggagalkan kita memperoleh cinta yang luhur...

sedalam budi yang luhur yang kita tonjolkan kadangkala memberi inspirasi kepada manusia lain mengambil kesempatan sehingga kita bertukar keji...

sedalam erti persahabatan kadangkala membuatkan kita rakus mengecewakan perasaan orang lain sehingga hilang kesucian erti sebenar...

sedalam penerokaan idea yang dirasakan bernas namun kadangkala sukar diterima mereka yang hanya pandai bermain kata-kata...

sedalam niat suci untuk membantu mereka yang memerlukan namun kadangkala ia disambut dengan rasa curiga dan benci...

sedalam kefahaman tentang erti kehidupan kadangkala menjadikan kita bingung memahami isi alam...
siapa kita untuk menentukan sesuatu. fikiran ini yang membuatkan aku kadangkala bingung, apatah lagi diri ini sentiasa berada di dalam ketidaksempurnaan.
pelbagai ragam yang mencetuskan ketidakpuasan hati, emosi bercelaru, fikiran melayang...pelbagai isu sering muncul di segenap ruang sehinggalah hilang kepercayaan kepada manusia..
namun kekuatan iman yang setebal kulit bawang ini masih meletakkan Allah itu sebagai tunjang agar aku bertindak matang dalam segala hal kehidupan.

terasa sedikit payah kadangkala ada mereka yang kurang rasional menidakkan sesuatu fakta sedangkan hujah itu mampu dibidas namun emosi itu yang terlebih dahulu mengawal segala tindak tanduk mereka...akhirnya isu ini keras begitu sahaja.

mahu sahaja mulut ni dibuka luas berteriak menyeru manusia bahawa tidak ada yang lebih berkuasa dariNYA..namun kejahilan mereka gagal membawa mereka kejalan yang betul. sedarlah kita berada diambang kejatuhan moral. perlumbaan kebiadaban berlaku dimana-mana. manusia sering bertindak haiwan..ketulusan itu menjadi propaganda. 

perjalanan hidup yang tiada arah tuju, hanya mengikut hayunan langkah hasil pujukan dan desakan hawa nafsu. tiada kemenangan ketika bertarung dengan keinginan hawa nafsu. sering tewas lantaran tiadanya kekuatan. (Ustaz Parol Mohd Joui, Travelog Hidayah)


kesempuranaan itu ada pada hati manusia

mengapa soal hati sangat penting? Hati adalah kuasa penggerak dalam diri manusia. jika hati dikuasai kebenaran, nescaya ia akan menjana kebaikan. Sebaliknya, jika hati dipenuhi kebatilan, ia akan melahirkan kejahatan. hati yang dipenuhi kebaikan dan kebenaran ialah hati yang berkualiti. ia mampu menghadapi apa juga cabaran atau masalah dalam kehidupan.
(Kualiti Hati Pada Kemanisan Iman, Majalah Solusi Isu 30)
oleh itu sejauh mana kita menyedari ketidak sempurnaan kita...maka fahamilah bahawa manusia itu datang dengan hati dan perasaan..maka kita yang menentukan kesempurnaan yang dicari...













Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

terima kasih atas pemberian itu...

Mabuk Tak Hensem,Tapi Bijak...by embush...

Pocket Inspired: Tentu nak wangi