Posts

Showing posts from November, 2011

sedikit coretan melepaskan geram pada diri...ternyata aku insan lemah...

Image
Temuduga semalam ternyata membuahkan kehampaan. Aku kehilangan teori dan apa yang telah ku pelajari semasa di Universiti dahulu nyata sia-sia kerana aku tidak gunakannya semasa aku bekerja.

rasa marah dan geram bercampur-baur. memandangkan aku baru setahun jagung dalam bidang ini namun aku dihantar untuk menghadiri temuduga ini bagi memperoleh malu dan nampak diri seakan bodoh.

Hanya Tuhan yang tahu bagaimana rasa ini tidak dapat di tahan lagi. tapi Alhamdulillah aku ada rakan yang memahami dan kesabaranku menjadi tunjang untuk aku mengorak langkah dengan lebih bijak. mungkin ini semua dugaan agar aku menjadi lebih berhati-hati.

esok aku akan mendaki gunung bersama beberapa orang pelajar. moga esok dapat memberikan ketenangan disebalik kehijauan Alam yang akan ku teroka dan memberikan aku inspirasi agar merancang hidup dengan lebih sempurna.

mungkin aku seorang yang mudah tertekan dengan keadaan, namun sebagai orang yang harus bijak mengawalnya aku harus mampu menilai setiap tindak t…

tangan menari lagi...tarian jalanan....

Image
hari tidak selalu cerah...aku menghitung masa dan waktu menunggu sesuatu yang aku sendiri tidak pasti...
ada sahaja yang berlegar-legar di benak hati..fikiran melayang terbang, aku terasa seakan bodoh...memikirkan sesuatu yang kadangkala mengganggu jadual harianku...

cinta...
terlalu dalam untuk aku menyelami rasa itu..
selalu sahaja tewas pada sebuah mainan kehidupan...
dia seakan datang dan pergi...ada kalanya sepi...
mata merenung jauh..cari-cari perihal diri untuk aku mampu menggapai sebuah cinta abadi...

kerjaya..
sesak nafas...buntu fikiran...hati kacau bilau..semudah itu aku mencapai kerunsingan...
terasa ada sahaja yang mempertikaikan cara ku yang agak lembap bekerja..
banyak pula yang dipersoal...kepakaran ku hilang dalam samar..
ada juga mata yang melihat tajam, tanda mencari kelemahan...

ceritera terindah..
hanya dia yang bertakhta...ilangkan rasa gundah...
sudah dua malam aku bersamanya bercerita tentang kehidupan
kadangkala aku terlupa bahawa dia masih ada untukku...
kada…

mesti teruskan...

pagi melampiaskan cahaya dhuha, hiruk pikuk jalan raya tidak pernah surut saat manusia bergegas ke tempat kerja. Motosikal ku meluncur laju, mengejar masa yang tinggal beberapa minit sebelum catatan waktu  bertukar merah. kalau lambat terpaksalah mengadap bos memberi alasan. sesampainya aku di pejabat, nafas panjang dilepaskan tanda lega, aku sampai tepat jam 8.30 pagi. seperti biasa di meja kaunter pejabat terletak surat khabar yang baru sampai, aku mencapai dan membelek isu-isu hari ini satu persatu.  ternyata pelbagai isu membuatkan nafas mendengus kesal. pembuangan bayi lagi! rungutan tercelah dari mulutku...

teringat pada kerja-kerja yang masih belum selesai di bilik pejabatku di tingkat 3, aku terus meletakkan semula surat khabar dan terus naik ke bilikku menggunakan lif. hati terasa gundah gulana seakan ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lihat diatas meja penuh dengan fail-fail yang masih belum sempurna. mata seakan berat dan sedikit bosan kerana setiap hari kerja ku tidak pe…