CARILAH ARAH BERLARI...

(kasihan akan diri yang sentiasa lemah
kecundang lagi dengan hasutan hawa nafsu).

aku masih disini
masih bertapak di atas juang seorang diri...
lihat atas..lihat bawah
semuanya masih sama
malah lebih buruk lagi

bumi sukar bernafas
umpama lelah hasil perbuatan manusia..
aku tidak dapat lari
lari sana... ada...
lari sini juga... ada
dia ada dimana-mana
dialah RAGAM! juga cabaran buat mereka!!!

cabaran kadang kala membuahkan masalah
ya!! masalah yang terhasil oleh empunya diri...
ada senyum ada tangis
ada juga bertempik!!
menyalahkan orang lain.,,

yang kecundang...
lihat sahaja tindakan lanjutnya...
yang berjaya
lihat sahaja lagaknya...

semua itu permainan
atas dunia lagi sudah nampak belang
belang tinggal belang yang tidak boleh dibawa mati...
 tunggu sahaja masa untuk semua berlari lintang pukang

mencari orang yang dapat memberi belas
pada ketika itu aku juga tidak dapat lari
terima sahaja apa adanya...
terima kenyataan bahawa itu amalan...

waktu itu pasti terjadi
tapi jangan tinggal waktu yang ada...
jaga-jaga waktu yang ada
untuk dibawa ke waktu yang lebih lama...



cari arah berlari
bilik mengaji
12.25 pm
selesai menulis..meneguk air kopi...

Comments

Popular posts from this blog

terima kasih atas pemberian itu...

Mabuk Tak Hensem,Tapi Bijak...by embush...

Pocket Inspired: Tentu nak wangi