Posts

Showing posts from 2013

TIDAK TAHU BERCAKAP

idea berlambak
tapi sering sahaja tewas
ternyata ...
ilmu cetek....
ruang sempit ...
akhirnya terus tenggelam~
bagaimana untuk berbakti?
belum sempat membela sudah ada mencela...
ternyata itu hanya cabaran
cabaran yang mendorong kejayaan
tengoklah nanti!!!

TOTAL

Image
Langkah masih boleh dikira
tidak laju mana...
sebab itu kau masih ketinggalan
maka perlu berubah...
Ya!! berubah secara TOTAL...
ke hadapan!!..kehadapan lagi
ya! jalan terus...cepat lagi!!
sehingga kau dah boleh berlari....!!!



-monolog dalam bilik mengaji-


itukan MELAYU...

Belum cukup mengusai kosakata
untuk memberi kefahaman
tentang apa yang mahu diluah
sudah ada yang mencela,
ada sahaja yang tidak kena
itu kan bangsaku....
petah lagi mahu bertutur molek berbahasa asing
cepat-cepat dibidas dengan sindiran
mahu sahaja ayat disusun semuanya tergendala.
Tahu yang dihadapan ini orang hebat-hebat
lancar berbahasa kerana darjat pendidikan kamu
tidak sesekali kamu memberi peluang
mereka yang berkobar dengan lancar mahu belajar berjalan
tidak sesekali kamu beri semangat
lalu kamu tolaknya jatuh
sejak dari itu kami takut berubah
kerana malu kehadapan
akhirnya mati menyimpan sejarah melayu lama
warisan menjadi warisan hapus dalam zaman
itukan MELAYU....

JOM JERIT!!!!

8.20 minit pagi
sampai dipejabat macam biasa rutin minum di kedai kopi
letak barang masuk kereta
terus meluncur ke destinasi
bedal nasik lemak satu pinggan bersama air milo tarik kawwww~

cerita tidak putus-putus pasal keje yang membuatkan
aku hilang mood kerja..
cerita yang sama..
entah bila nak berakhir..

selesai sarapan
balik ofis
to do listing
ada banyak benda nak kene setel
wat lek wat peace
buat slow2  jgn tensen2..

serius tak boleh!! mood kacau bilau
nak mengadap ISO
keje free2 bertimbun
yang esok aku lom pasti naik gaji petah lagi bonus,
stay la ngan status kontrak sampai ko mati...
hitung hutang sana sini...
tahan telinga silap kene maki...
atlast jd sikit positif
masih duduk dibumi aman ini...

Arghhh!!! kenapa ini?
nasib ada benda alah ni
leh tulis2
lepas geram...
sengaja cara pasal....
dah lepas?
leh sambung blk keje
pe dehal
hari ni khamis esok jumaat lusa cuti
yeahhh!!!!

~minta mahu tenang
hanya atas sejadah
mengadu padaNYA
dalam bilik mengaji
berduka~




AKU TIDAK PERNAH LUPA....

Image
Mata kebil-kebil
sedang tangan taip laju carian maklumat
kerja makin bertimbun
mata ini tidak pernah tipu..
kerna itu mata terlalu menumpu
hingga aku terlepas...

Hari ini hari apa?

Aku menepuk dahi
bukan terlupa
hanya terleka
hari penting
buat manusia yang ISTIMEWA...

Aku segera betulkan keadaan
biasalah!! sering sahaja aku buat silap
bukan lupa tetapi ada yang tergendala
aku sorotkan dahulu..

Aku tahu dikala ini dia...
muram,...
sedih,....
sendiri,...
terasa terpinggir...

aku tersenyum dari jauh...

Masih dia tidak dapat baca lagat egoku
sebelum baik...
kasi gaduh dulu!
kasi sakit dulu !
kasi pedih dulu !
kemudian pujuk...
pujuk...
dan pujuk...
agar kita saling menghargai...

Akhirnya aku nyatakan
sebenarnya....

Aku tidak pernah lupa
waktu penting kau lahir ke dunia
sengaja kau mahu aku jadi
manusia yang terawal
mengucap kata manis...

Tapi aku bukan begitu
kerana aku ada cara sendiri
buat kau tersenyum lagi
mengingati setiap detik - detik....

kau mencubit
kau menggigit
hingga berbe…

@#$%&^*()

Meeting lagi!
hari sehari produktiviti diri semakin menurun
kerja umpama hilang hatinya
sukar untuk bergerak...

apa boleh buat
kuli!!
jalan je r jatuh bangun sendiri!
jom sambung kerja
walau mata berat
selesai melantak masa sembahyang jumaat tadi~...

CERITA KEDAI MAMAK SALAM...

Mata tidak henti melihat
perhati setiap gerak geri
siapa yang lalu mahu sahaja dipandang
pandangan itu kosong...

Telinga mendengar butir-butir
yang keluar dari mulut mereka,
yang tidak henti-henti
meluah..

Aku kasihan
kehidupan yang tidak serupa dengan mereka yang lebih ke atas,
tidak mampu berkata depan-depan
cuma sembang kosong di kedai kopi
ditemani segelas teh tarik, dua biji Karipap
rokok disedut dan dihembus
pada setiap kata-kata yang terluah...

Hidup sebagai kuli tidak pernah puas
kadangkala rasa terancam
dengan kedudukan yang belum pasti
menghitung setiap saat dan minit
semuanya berlaku pantas
sedang dia ditakok lama,
aku juga dihasut kebuntuan...

Bukan mudah untuk menjadi pendengar setia
Teh tarik manis dihirup perlahan
bagi merasai aroma kemanisannya,
salah hirup hilang enaknya,
cara mesti kena dengan gaya,

Berkemeja kemas bertali leher
belum tentu kau banyak duit,
telefon bimbit sebesar Almari
tidak lekang dari tangan
belum tentu kau ada projek besar-besar..
sedang engkau k…

INSAN BERNAMA MUHMMAD NAUFAL ELRAFIF..

Image
Secara rasmi Muhammad Naufal Elrafif dah masuk 1 bulan lebih, Tiada apa yang lebih membahagiakan mama dan papanya selain melihat anaknya membesar dengan sihat. Beratnye dah naik 4.4 kg. Ucapan Alhamdulillah atas kebahagiaan ini. So papa nk buat ckit Entry tentang Naufal ni yer!!

INSAN BERNAMA MUHAMMAD NAUFAL ELRAFIF

Kekadang hati resah
menunggu masa-masa yang bakal indah saat kau lahir ke dunia
saat papa berada bersama mama
mendengar rintih jerih perih mama
saat Naufal masih selesa dalam kantung mama
selama hampir 9 bulan lamanya.

Papa mahu lihat siapa Naufal
Bagaimana Naufal?
rupamu?
gayamu?
wajahmu?
semua itu bermain diminda
Adakah macam papa atau mama?

Saat naufal sudah bersedia melihat dunia
saat itu bukan mudah bagi mama
papa jadi kekuatan mama
saat itu hati papa yang tahu
berhadapan dua nyawa
yang papa tidak pasti bagaimana selepasnya?
umpama isteri nelayan yang menunggu suami yang pulang dalam ombak badai
ntah hidup ntah mati...

Mulut papa tidak henti berdoa
mama pegang erat tan…

YANG TERTINGGAL

Dunia yang ku rindukan
tertinggal perlahan-lahan...
dalam-dalam...
pekat kaburnya.

Saat kaki melangkah jauh
ke depan,
tidak lagi mengerling ke belakang
rela tidak rela...ku tuju jua.

Duniaku bukan dunia biasa,
yang hanya boleh dirasa oleh pancaindera
bernafas dengan nafas biasa,

pandangan ku bukan pandangan
yang biasa,
terjah setiap makna bahasa
yang bisa menusuk jiwa nurani
hanya pada manusia sederhana.

Tiada mengadu domba
dunia yang terbina
kerana aku yang memilihnya
tiada minta kasih
hanya bisa menumpang pada yang mengasihi.

Hati ini kadangkala lara
diusik oleh panaroma
yang cuba menggetar jiwa,
lalu panah itu menusuk lagi,
terasa hingga ke tulang temulang.

Aku terpimpin oleh jasa nenek moyang
yang biasa mengekalkan kesempurnaan
santun dalam peribadi
Hati tidak pernah mati?

Aku sedar aku tidak sekuat mana,
namun kekuatan itu tetap ada,
kerna itu aku berdiri atas kaki sendiri,
tidak diajar menagih simpat.

Dunia aku tertinggal perlahan -lahan...
dalam-dalam...
pekat kaburnya...

Sehingga a…

SALAHKAH AKU??!!!!

Isu negara masih belum berhenti~
dari sehari ke sehari ia semakin lebat
dari satu bab ke satu bab
jalan penyelesaian semua buntu

Eh!tolonglah apa masalahnya
atau aku yang jadi punca
bukan salah kamu yang merangka
itu ini semua tidak kena

Sudah 56 tahun
semua bangsa sudah sama
tapi kamu yang beria-ia
semua salah aku rakyat biasa

Aku bukan bangkang
aku mahu hak aku
tapi kamu boleh aku tidak boleh???

Apa itu kamu kata bantu aku??
itu kamu kata senangkan aku?
itu kamu kata hak aku?

Tak suka jangan buat tapi kamu juga yang buat...
tak suka jangan telan tapi kamu juga yang telan...
hanya kerana sebab aku mempertikai?
kerana aku hanya mampu yang sederhana
tapi kamu mewah kaya raya.

Macam-macam kamu buat
tapi salah aku juga kamu nampak
apa sahaja kesenangan aku semua tak kena dimata kamu
semua benda kamu nak rampas

Bukan aku tidak tanya
tapi kamu suruh aku tengok di luar
apa yang ada diluar?
jawapan kamu KEAMANAN!!!

bukan kamu kata disini Aman?
kamu jawab Aman disini sebab ikut diluar

aku ter…

Semboyan Keamanan...Untuk Mereka...

Gendang semakin kuat bertalu.
guruh dilangit masih berdentum.
hujan belum tentu boleh berhenti
fenomena semakin ligat

Aku dengar akan gegaran yang semakin kuat
yang di dalam gua pun terasa
Di dalam istana masih sunyi
peti besi semakin berisi.

Semboyan keamanan berbunyi lagi...
kini bunyinya makin nyaring
dilaungkan oleh pemimpin negara
melaung didalam kereta mewah
sambil memijak nasi-nasi mentah...

Aku berada dibarisan kelima
barisan tengah yang panjang
menunggu giliran pemberian kerajaan
pemberian sebuah kemanan...

Kasihan mereka...
aku golongan marhaen juga terasa
apatah lagi golongan miskin hina
tangisan minta belas tidak henti-henti
aku tidak mampu menghulur tangan
kerana aku sendiri tidak cukup rasa...

Apalah dosa
Apalah bala
Hanya kerana mereka
Kita dihimpit sengsara...





DADDY-TO-BE....

Image
Asyik dengan entry tentang kehidupan orang lain sehingga aku terlupa tentang kehidupan aku yang ntah esok lusa akan jadi bapak.

Sengaja untuk membangkitkan rasa gemuruh yang baru terjadi saat aku sudah mula mencari barang kelengkapan untuk isteri dan anak yang bakal lahir nanti. Pada ketika itu baru terasa debaran seolah aku sebenarnya tidak berpijak bumi yang nyata.

aku bakal jadi seorang bapa??!! bunyi terasa lawak, namun lawak itu tak boleh diguna pakai dalam situasi aku sekarang ini. Persediaan harus ku susun rapi bagi memastikan kelahiran anak aku nanti tiada masalah. moga Allah permudahkan...

Biasalah anak sulong..... macam-macam bermain dikepala, lantak apa orang nak kata, setiap manusia berbeza rasa dan cara, begitu juga aku yang sedang cuma mengalami situasi ini.

macam-macam nasihat diterima, semuanya menyedarkan aku agar lebih bertanggungjawab. InsyaAllah segala berjalan dengan lancar.

kesihatan aku akhir-akhir ini sedikit terganggu, baru sekejap tadi isteri tercinta mengha…

!@#$%%^&*()__+_@##$#@%^&&*(*&%^%^^&*(

Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam...

Sudah jengah hari khamis...ada banyak kerja namun tekanan kerja tidak sesesak isnin lalu. Saja mahu santai, sambil-sambil menulis apa yang patut. kejap-kejap otak menjadi tepu, fail dan laporan yang tak sudah masih bergelumang di atas meja. ahhh!! tinggal kejap lalu berjalan meninjau kawasan sekangkang kera kolej tempat kerjaku..

Macam biasa mata tak henti perhati setiap sudut gelagat pelajar lalu lalang dengan gaya trend K-Pop. aku hanya tersenyum... mata semakin liar mencari bahan. bahan untuk aku cipta watak dalam imaginasiku. ternyata semuanya sama sahaja. masih belum nampak belang mereka..

Hari ini agak lengang, tidak seperti semalam. Hati seperti mencari-cari sesuatu yang ada dekat-dekat sini namun gagal dijumpai. Keluar masuk aku ke kafe baru yang entah bila siap renovation. Tender baru sehari dua namun sudah ada rungutan harga...itu perkara biasa...

Otak kembali ringan seakan PC yang baru sahaja di format. aku kembali…

HIDUP DISEBALIK GENRE....

Image
kadangkala manis itu jika dibiar lama akan berubah rasa, ombak pantai adakalanya bertukar badai, air yang tenang adakalanya berkocak.

semua itu tertulis menggambarkan bahawa lukisan itu hidup, tambah menghidupkan lagi apabila manusia hidup dalam pelbagai genre kehidupan membawa bersama-sama alunan irama, adakalanya balada, adakalanya rock, dan ada juga irama asli tradisional. Dunia itu indah seindah ciptaan Allah yang maha esa.

Sebagai manusia, kita tidak dapat lari dari menikmati semua genre yang ada, namun jika kita hitung saat ini berapa banyak genre yang kita bawa untuk dimuatkan dalam album kehidupan kita, atau mungkin juga satu genre sahaja yang dimuatkan dalam album menjadikan kehidupan itu satu warna.


Aku bukan percipta lagu atau komposer, bukan juga penulis lirik, atau penyanyi yang bersuara lunak, aku hanya penulis yang menulis berdasarkan plot kehidupan yang di dalamnya penuh tragedi,

tragedi milik aku atau juga orang lain, ia bukan kisah rekaan yang terhasil dari khayalan …

DIRGAHAYU BUMIKU TERCINTA...

Image
Dahulu bumi menangis
atas noda manusia
sehingga kini tangisan itu menjadi teriakan
bumi luka parah
atas kesilapan manusia,

Manusia seperti lupa diri,
tiada tuhan...
tidak sesekali mereka mencari
tidak pula mereka menyedari,

Hati sudah jadi keras
sekeras batu yang berada dalam teduhan
jika dibaling luka parah
parah yang membawa seribu resah

Tiada lagi rasa kemanusiaan
juga rasa keprihatinan
apa salah mereka?
apa dosa mereka?

Negara islam luka berdarah
teriakan tangisan meminta belas
kita diluar hanya memandang
semakin jauh sayup-sayup kedengaran
akhirnya hilang....

Wahai teman seluruhnya!!
islam harus diperjuangkan
bukan dibiar berkembang
dengan duduk dan bergelak ketawa!!

Wahai teman!!
mereka saudara kita!
berilah harapan kepada mereka!
agar mereka pula dapat membela kita!

Namun itu hanya gema...
gema dari dalam gua yang tiada siapa mendengar...
jika terdengar angkat dua tangan katup telinga
tutup erat-erat...

Kita tidak henti lagi beraya...
sedang mereka bergelumang darah...
konsert…

INI DUNIA KU...(RAMADHAN SYAWAL)

Image
berada di pagi dhuha jumaat terakhir Ramadhan
pandangan liar mencari-cari ilham
jari menaip laju carian maklumat
untuk dimuat dalam blog usangku

Ramadhan syawal datang dan pergi
pergi yang meninggalkan kenangan yang berbeza
ianya mengikut usia
aku masih di takok lama

masih mencari-cari dunia sebenar
dunia yang sebenarnya luas dengan pelbagai gejolak
namun aku masih di dunia ku
yang dikatakan aman dan makmur

duniaku hanya berlaku keruntuhan moral
yang mana itu bukanlah masalah besar
dan tidak sesekali menggugat kehidupan duniaku disini
kerana duniaku masih aman

ramadhan dan syawal masih meriah
makanan banyak disini
semuanya cukup
duniaku kaya dengan sumber...
tapi aku masih ditakok lama

kerana duniaku...
aku tidak pernah sesekali keluar darinya
mencari dunia lain
dunia yang berbeza jauh dari dunia amanku

aku sebenarnya berada dalam dunia yang penuh kelembutan
yang semakin membuatkan aku lemah
aku hanya dapat melihat kekuatan orang lain melalui kaca televisyen
kekuatan yang memaksa dir…

SEMALAM HARI RAYA, HARI INI HARI RAYA, ESOK JUGA HARI RAYA..MUNGKIN TIADA LUSA....

hari ni dah masuk 22 Ramadhan
saat ramai manusia menghitung masa menunggu ketibaan syawal
wajah ceria dengan segala perancangan beraya
lagu raya semakin rancak kedengaran di corong-corong radio,

waktu itu tertinggal perlahan-lahan....

ketika kita....
kanak-kanak menyambut raya
banyak karenahnya
mercun berdentum sana-sini
hilai ketawa tiada duka

ketika kita....
di alam remaja beza caranya
ceria terukir saat sambut raya
baju ditempah ikut sepadan
bergaya sakan dengan tersayang

ketika kita...
di asrama tidak kurang hebatnya
hati sedih saat lagu raya berkumandang
teringat ibu ayah
tempah tiket seawal yang boleh
agar tidak terlepas beraya dikampung

ketika kita...
mula bekerja
menunggu pengumuman cuti dan bonus
kereta dan baju raya semuanya lengkap
almaklumlah duit sendiri.
tiada apa yang kurang.

ketika kita...
berkahwin
raya disambut dengan syukur
terasa indah menyambut raya
kekusutan muncul saat keputusan balik beraya
balik rumah mertua dengan muka mencuka


ketika kita....
menerima an…

INI BARANG BAIK!!!

sudah lama aku tidak mencurah idea pada blog usang ini..blog yang usang kerana aku hanya boleh menulis namun tidak pandai mewarnainya dengan theme2 yg menarik...jengah sahaja blog lain berwarna-warni, dan nampak lebih menarik minat yg lain untuk membaca, tapi Alhamdulillah walaupun tidak seindah namun aku masih boleh beritistiqamah menulis bait-bait kata disebalik kehidupan ku sebagai manusia biasa, dan Istiqamah ini membawa aku kepada niat berkongsi dan mendedahkan apa dan siapa kita sebagai manusia...mungkin boleh diambil pengajaran.

hari ini sudah berada di 9 Ramadhan 1434H dan telah masuk hampir 3 tahun aku memegang jawatan sebagai pegawai khidmat pelajar. suka dan duka bersama anak muda seusia adik-adikku menjadikan aku lebih matang.

kritik itu perkara biasa, kerana manusia tidak lari daripada suka kritik, dan kritik itu sebenarnya motivasi untuk bangkit.

sudah lama idea ini tidak diluahkan disini, kesibukan aku kadangkala membataskan aku untuk berpijak di bumi yang nyata, apatah…

KAMU ITU ORANG SEMBAHYANG!!!

sembahyang itu wajib
wajib kepada seluruh umat islam
perintah daripada Allah
berkurun berabad ia tidak pernah berubah

aku juga tidak terlepas
dari mengerjakannya
bukan untuk bermegah
bukan untuk menunjuk
kerana semua itu wajib

siapa kata orang sembayang itu warak?
siapa kata orang sembahyang itu alim?
siapa kata mereka bijak?
siapa kata mereka ahli syurga?

aku juga kadangkala terlanjur
aku juga kadangkala merepek
aku juga kadangkala terpesong
aku juga kadangkala tersesat

namun aku percaya sembahyang itulah solat
solat itu datangnya dari perintah suci Allah
solat yang membawa kepada kesempurnaan manusia
yang membawa kepada janji syurga Allah

namun siapa kita sebagai manusia yang solat 5 waktu
mahu menegur dan memalukan orang yang tidak solat dikhalayak ramai
konon dia warak, solatnya sempurna,
tiada cacat celanya,

aku masih terlihat kebiadaban itu kepada manusia yang sembahyang,
aku menyesali tindakan itu kerana aku juga wajib bersolat
bukan aku sahaja tapi semua manusia ...!!!


eh! kam…

AKU ANAK MALAYSIA

lagi cerita keji yang aku dengar
wanita lagi menjadi mangsa
semua negara sama sahaja
hari wanita disambut atas kejayaan menjadi mangsa kerakusan lelaki keji

semalam
ada lagi cerita bapa rogol anak
di India wanita dirogol dan dibogelkan kerana bercinta dengan lelaki asing
lagi sekali cerita wanita jadi kepuasan nafsu adik beradik..

kisah itu semakin bertambah,
politik juga yang nampak bermasalah
pembangunan sana sini
nilai sosial entah ke mana pergi

aku sayang Malaysia
kerana disitu ada keluargaku
keluarga yang mengajar aku erti kasih sayang
tidak sesekali benci dan dendam

aku sayang malaysia
sebab aku dibesarkan
keluarga aku mengajar aku mengaji
Al-quran dijunjung sembahyang di kerjakan
itu sebenarnya kasih sayang

orang sekarang sudah hilang nilai agama,
masih mahu bangga ilmu inggerisnya,
ilmu inggeris itulah sebenarnya penyumbang kehancuran
mereka tidak percaya,

aku dengar lagi,
kali ini lebih hebat isu kalimah ALLAH
dijaja sana sini,
adakah mereka kenal ALLAH?
bukankah bumi ini DI…

mata berdosa

serba tidak kene jadinya,
fikiran terbayang dosa semalam
hanya kerana mata yang sentisa dusta
aku menjadi mangsa

perasaan itu tidak boleh lawan
bukanlah keji sangat
tapi hanya kerana mata aku diseret dosa
membawa kata-kata bersama

pandangan mata itu berbisa
sebisa mulut berkata-kata
tiada yang baik belaka
ada sahaja dendamnya,

eh! dosa bukan perkara main-main
tapi bukankah ia telah lama jadi bahan permainan
seolah ianya kecil
sekecil kotoran yang mampu hilang

toleh lagi,
lihat lama-lama
kemudian berkata
tidak senang duduknya

jika mata dipejam mulut ditutup rapat
boleh demam jadinya
kerana ia sudah ada
bersama hati yang hitam


bilik mengaji
waktu pagi dhuha
bercermin mata berkemeja putih.