Posts

Showing posts from September, 2011

MANUSIA YANG TIDAK SEMPURNA...

sedalam cinta yang cuba kita ukirkan, namun kadangkala ia terasa sesak..akhirnya kegembiraan itu menggagalkan kita memperoleh cinta yang luhur...
sedalam budi yang luhur yang kita tonjolkan kadangkala memberi inspirasi kepada manusia lain mengambil kesempatan sehingga kita bertukar keji...
sedalam erti persahabatan kadangkala membuatkan kita rakus mengecewakan perasaan orang lain sehingga hilang kesucian erti sebenar...
sedalam penerokaan idea yang dirasakan bernas namun kadangkala sukar diterima mereka yang hanya pandai bermain kata-kata...
sedalam niat suci untuk membantu mereka yang memerlukan namun kadangkala ia disambut dengan rasa curiga dan benci...
sedalam kefahaman tentang erti kehidupan kadangkala menjadikan kita bingung memahami isi alam... siapa kita untuk menentukan sesuatu. fikiran ini yang membuatkan aku kadangkala bingung, apatah lagi diri ini sentiasa berada di dalam ketidaksempurnaan. pelbagai ragam yang mencetuskan ketidakpuasan hati, emosi bercelaru, fikiran melayang...…