Posts

Pocket Inspired: Tentu nak wangi

Image
Pocket Inspired "Your inspiring fragrance" ü   Didatangkan dengan   3 jenis Wangian ü   Sesuai dibawa Solat ü   Wangian tahan sehingga 24 jam ü   Wangian berkualiti dengan botol bersaiz poket Yang sesuai dibawa kemana sahaja. ü   harga Yang mampu milik dengan promosi Yang menarik. Wanita; Pocket Desire Wangian Manis bunga- bungaan, Diisnpirasikan daripada Wangian antarabangsa Forbidden Rose, Untuk wanita Yang berani dan yakin. Keinginan para wanita hebat yang Berjaya dan menawan. Sesuai Untuk dipakai ke mana sahaja, ke Majlis makan Malam, ke pejabat, juga sesuai Untuk dipakai dirumah. Pocket Pink Haruman klasik yang indah buat wanita hebat, Diisnpirasikan daripada wangian antarabangsa Victoria Secret, Buat mereka Yang mementingkan Gaya, tampil hebat dan sentiasa nampak cantik idaman para jejaka. Sesuai dipakai ke majlis- Majlis keraian, makan malam, temujanji, shopping dan sebagainya. Pocket Gold Wangian mewah yang memberik

ANTARA KEBAIKAN DAN KEBURUKAN

Assalamualaikum w.b.t Moga ada yang tersinggah di entry ini juga blog usang ini walaupun ianya sudah ketinggalan zaman, saat teknologi semakin pesat, media sosial tempat menyampaikan apa sahaja, baik info mahupun omongan yang mudah sahaja dilihat dan dibaca. Aku berdoa agar blog ini dapat dijenguk oleh mereka-mereka yang mencintai ilmu dan mungkin juga pendosa seperti aku mencari sesuatu yang dapat menyuntik hati. Selawat dan salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dan para sahabat baginda. Alhamdulillah, sehari demi sehari penulisan ini terasa semakin membuatkan aku mahu menggunakan perkataan sopan dan manis tidak seperti entry awal saat blog ini dibuat. asalnya blog ini lebih kepada melepaskan rasa geram dan marah., perihal manusia yang tidak pernah habis malah sesuatu yang mempengaruhi kehidupan aku, keluh serta penat lelah semua diceritakan disini. Percaya atau tidak apa yang kita fikir dan bertindak bergantung kepada hati, pada ketika itu hati in

BAGI AKU 2 MINIT

Bagi aku 2 minit... malah mungkin tidak sampai masa itu. Alhamdulillah syukur aku panjatkan kepada Maha Kaya Cinta ALLAHUAKBAR!!! masih aku bernafas walau dalam angin sesat yang mengkaburkan pandangan... mahu aku ajak semua pembaca atau yang hanya singgah terbaca entry ini untuk luangkan hanya 2 minit untuk berfikir dan beramal  ya!! Untuk berfikir dan beramal bukan lama 2 minit... Bila sebut 2 jam mungkin ramai mengeluh, waima 30 minit pon mungkin ada yang mungkin beralasan... "ada kerja yang lebih utama untuk dilakukan". so. aku mengajak hanya 2 minit 2 minit = 1 minit berfikir sejenak + 1 minit beramal denganya bagaimana dan kenapa? sehari ada 24 jam so berapa banyak masa dalam 24 jam yang kita gunakan untuk ingat PENCIPTA memuji? bersyukur? ... bahkan ramai yang kata sudah cukup untuk solat... tapi betul ke kita betul hadapkan hati kita pada NYA time solat??? so sebab tu aku ajak semua hanya 2 minit untuk berfikir + beramal fikir apa tuj

PUISI: pendosa di Atas BumiMU

Bulan semakin hilang seri bintang yang semakin takut berkelip bumi semakin dipijak angkuh tangan-tangan manusia tidak berbedung mata tidak dapat menipu apabila tanah ini semakin panas geram dan kesal namun aku juga pendosa terjaga pada kala subuh berkumandang Azan menghentikan lelap Alhamdulillah Allah masih sayang terkebil-kebil mata dipaksa buka segera solat diatur hati penuh dosa dan noda hamba mengadap pada Ya RAB dengan kekesalan semalam angin subuh bersama kabus kotor alam semakin berubah wajah aku Takut Ya Takut bumi semakin lelah masa mahu sahaja berhenti Dunia hampir ke garisan penamat masih adakah peluang? peluang untuk aku beroleh keampunan.. YaAllah semoga jalan itu Lurus untukku bahagia dengan keampunanMU.

motivasi 1 : KITA ORANG SUSAH

Hidup ini tiada yang mudah pendek kata semuanya susah tapi bila sebut susah seolah semua tak leh diubah... Susah bukan maksud mengelak sampai bila pun tak mampu bertapak asal semua nak yang mudah takkan kene ludah baru nak tersentak. Kau kene tahu susah kadang buat kau sedar yang susah tu tak sesukar tempuh apa je yang terpapar kene cari makan elak jadi lapar Hey bro!!! susah pe je yang kau rasa? abis dari kecik orang tua kau yg jaga tak ke susahnya mereka bila kau besar nak semua depan mata. Susah tu la dugaan hidup untuk orang yang nak kehidupan bukan untuk orang yang nak senang sikit masalah sejadah pun dah tak pandang Sebelum fikiran kau keracunan sebelum kau bersoal susah senang tengok dulu kiri kanan fikir dulu sebelum mencanang Kau kata kau susah ada lagi yang lagi susah, bukan takat kais pagi dan petang tapi soal hati pun tak mau dipandang yang penting usaha macam kita pendatang selebihnya biar Allah yang rancang Hey bro!!!

TIADA BAKAT

Image
lukisan tangan tidak terlihat rupa tenung lama-lama tidak dapat dibaca kobek ke atas ke bawah juga sama aku capai pensel, lakaran ditambah agar nampak bernyawa agak-agak boleh dirasa.. pokok sungai 2,3 manusia lidi sebuah rumah damai gunung ganang... kicauan burung... seakan lukisan itu tidak berubah sejak hampir 25 tahun lalu aku tiada bakat itu aku tenung lagi kalau-kalau ada yang berubah Ya! ada yang berubah mata aku ligat  aku senyum tanda dapat membaca bairlah aku je tau  apa yang kau baca betulkan pinggang curi-curi masa lihat lukisan  Julai 2018 bilik kerjaya

MANA BENAR?

Tenung kiri kanan dunia tetap sama walau terdengar omongan  perubahan... kebenaran itu dusta ku alih pandangan sudut tepat manusia baru berpijak songsang dalam selaput kulit wajah terbenam muram munafik jalanan berpaut mahkota kemenangan entah beribu kali menggeleng seakan penyakit tiada sembuh lagi kuat hak terdampar lagi teguh batil menghimpit sudahlah jangan dimomok lagi perihal kebenaran.. ada waktu ada masa kiamat pasti tiba...... Jumaat //:meja kerjaya berbaju hijau berseluar yankee