Posts

Showing posts from 2017

SI BUDAK SUTUN

Hari ini aku simpan dalam sejarah... kisah hidup yang aku alami, mengingat sebuah perjuangan, dalam kotak memori tersemat, biarpun perjuangan yang tidak pernah didendang...
Siang malam aku berpayahan mengenal diri, meruntun sanubari saat menjelang pagi, mencari ilmu bukan sekadar helaian buku... tapi realiti perit yang bakal mengubah kepercayaan...
Seingat dahulu... seawal mengenal huruf, aku tidak punyai ramai kawan kerana silap pada perwatakanku apa salah aku begini???
Aku berjuang untuk menipu diri... saat kepercayaan aku dirobek... mereka yang sepatut mengasihi, aku bertanya lagi, apa salah aku?
Bukan mudah... aku berjuang sendiri untuk memadamkan... segala perihal semalam, agar tidak lagi diintai, walaupun secebis harapan..
Kerana perjuangan itu.. aku dibuli... dihina... dicaci...
Akhirnya ia menjadikan aku benci dendam pada kata-kata mereka yang menjatuhkan...
Aku bangun!!! seolah membuktikan sesuatu, lamunan panjang yang tidak beerti sampai bila aku begini?? tangis itu tidak…

NAMA AGUNG

RAMADHAN YANG MENCABAR

minggu pertama ramadhan yang indah
niat aku untuk lebih menghayati ramadhan kali ini
soal ibadah dan puasa
agar ramadhan kali ini aku lebih rasa bahagia

namun Allah sentiasa menguji
disebalik ujian yang mendewasakan
memberi hikmah segala pengajaran
disamping rezeki yang tidak pernah putus

Ramadhan yang mencabar
saat isteri tidak dapat melakukan
banyak kerja
mengurus anak-anak
ternyata alahannya cukup kuat
tidak terdaya..

aku ambil alih tugas
dari penyediaan bersahur,
kerja-kerja rumah
urusan anak-anak
berbuka
hinggalah tidurkan anak-anak
Alhamdulillah
semuanya berjalan dengan lancar
Allah bagi kekuatan
ibadat wajib dan sunat dilakukan
walaupun penat

Ramadhan yang mencabar
agar berakhir dengan cemerlang
bulan tarbiah segala amalan
kesabaran dan ketabahan
moga rezeki terus bertambah....


JAHIL

lagi jauh kau nampak  mereka salah kau jahil
lagi jauh kau nampak mereka betul kau jahil
lagi jauh kau nampak  mereka bijak kau jahil
lagi jauh kau nampak mereka jatuh kau jahil
lagi jauh kau nampak  mereka jauh kau jahil
hanya orang jahil sahaja  ada banyak masa melihat jauh perihal mereka....
suntingan dari buah fikiran asal dalam catitan buku jam 10.30 pagi