Posts

Showing posts from August, 2012

anggap sahaja ianya cabaran

beban kerja mula terasa...awal pagi jam 9.15 pagi aku bergegas ke bilik mesyuarat kerana baru dapat mesej pada pukul 8.00 pagi tadi untuk menghadiri mesyuarat. dalam mesyuarat ada sahaja isu yang terpaksa ku berdepan dan banyak perubahan perlu dilakukan.. banyak juga yang ditegur tentang prosedur unit ku.... terasa seperti pekerja yang tidak produktif dan proaktif, salah penilaian ker atau salah kerja??? entah mana silapnya?? banyak lagi kerja yang perlu aku selesaikan daripada menghadap mesyuarat yang sama...hanya ada beberapa sahaja isu penting.\ itu lah mesyuarat.... so nak ke x nak aku harus ambil ia sebagai cabaran untuk aku mengorak langkah lebih jauh untuk bekerja disini...tak perlu hiraukan apa orang nak cakap... so motivasi sikit...sekarang rehat sekejap adalah masa untuk memBLOG...so lepas ni sambung mesyuarat jam 1.45 tghari...mau sampai waktu balik barulah bersurai x pon mau kene lajak masa sikit...terima je la... cerita bilik mesyuarat pejabat pentadbiran mesyuar

disini insan...

lama sudah tidak menjengah blog lapok ini..baru terasa rindu menulis bait-bait cinta yang hanya boleh berkongsi dengan manusia yang mempunyai jiwa sama dengannya... sedikit puisi yang ku ukirkan buat permulaan waktu untuk aku aktif semula..mungkin kurang sengatnya namun ada sedikit manisnya..he3... waktu dhuha menjelma lagi menghiasi pagi yang silih berganti ceritera indah berputar mengikut waktu saat manusia berada dalam hiruk pikuk kota aku kembali lagi... dengan semangat jantan yang tidak pernah mengubah isi.. aku masih Rahmat yang dulu.. Syawal datang lagi... Ramadhan berlalu pergi.. aku masih lagi dapat nikmat itu nikmat berpijak di bumi Allah ini... pagi ini ku ukirkan senyuman tanda rasa manis mula bekerja walau hati ini tetap sama namun ku gagahkan jua.. aku masih pencari cinta cinta kepada sesiapa yang mencinta cinta ramadhan..cinta syawal moga cinta itu erat dalam sanubari pencinta sejati bilik kaunseling tingkat 5 bangunan SSI