Posts

Showing posts from September, 2013

Semboyan Keamanan...Untuk Mereka...

Gendang semakin kuat bertalu. guruh dilangit masih berdentum. hujan belum tentu boleh berhenti fenomena semakin ligat Aku dengar akan gegaran yang semakin kuat yang di dalam gua pun terasa Di dalam istana masih sunyi peti besi semakin berisi. Semboyan keamanan berbunyi lagi... kini bunyinya makin nyaring dilaungkan oleh pemimpin negara melaung didalam kereta mewah sambil memijak nasi-nasi mentah... Aku berada dibarisan kelima barisan tengah yang panjang menunggu giliran pemberian kerajaan pemberian sebuah kemanan... Kasihan mereka... aku golongan marhaen juga terasa apatah lagi golongan miskin hina tangisan minta belas tidak henti-henti aku tidak mampu menghulur tangan kerana aku sendiri tidak cukup rasa... Apalah dosa Apalah bala Hanya kerana mereka Kita dihimpit sengsara...