sayang ke akhirnya...
sayang itu membuatkan hati sentiasa dekat walaupun jarak itu kadangkala menjauhkan kita. kerana itu masa sering dihitung untuk sayang itu berbunga dan menyatukan hati yang semakin lama terpendam. Aku mengira masa dan duit. mencari-cari peluang yang ada agar aku dapat memujuk sayang menerima diri ini sebagai manusia yang sah dalam hidupnya. fikiran melayang memikirkan masa depan yang masih belum utuh dan perancangan yang mampu tidak untuk aku gapai demi mengabdikan diri menjadi peneman hidup buat dirinya. kadangkala fikiran ini bercelaru entah kenapa. ada sahaja rintangan yang datang saat aku lakukan demi sayang ini. ku panjatkan doa agar aku bertemu jodoh dengan insan yang aku sayangi selama ini. "demi kasih yang abang berikan buat sayang kadangkala tidak sempurna namun percayalah bahawa sayang ini tidak pernah kosong. abang bukan lah manusia yang sempurna dari paras rupa, agama senipis kulit bawang, ilmu serendah buku lali, namun hadirnya sayang membawa kesempurnaan dalam hid