hari yang mendung
sejak semalam hari mendung, semendung mataku yang tidak dapat berhubung dengan fikiran, badan terasa lemah. Entah bila dapat aku berehat puas tanpa memikirkan apa-apa tentang kerja. tugasku seharian kadangkala memberi satu ancaman kepada kesihatan dan kegembiraan. Nasib baik hari ini bos keluar meeting.
terasa badan tidak selesa berada di pejabat. suasana yang sunyi kerana ramai pensyarah yang sedang bercuti, inilah masa bagi mereka untuk bercuti sepuas-puasnya kerana apabila waktu pembelajaran kuliah bermula mereka tidak lagi dapat kesempatan untuk bercuti.
aku semakin tidak faham mengapa kerja aku semakin bertimbun, teringat novel yang pernah aku baca "blues Amni, Oh! Kerja" seolah-olah aku berada dalam watak Amni hanya bezanya dia wanita dan aku lelaki, mungkin aku boleh menghasilkan novel bagi menceritakan pengalaman kerjaku, arghh! tiba-tiba fikiran mula melayang.
Baru sahaja panggilan dari pihak travel konsultan memintaku untuk datang ke Gua Tempurung untuk memberikan ceramah kepada pelajar-pelajar SPM yang membuat lawatan sekitar Perak. diikutkan hati mahu sahaja aku menolak dek memikirkan kerja yang bertimbun yang perlu dihantar dengan segera. Terasa seperti orang gila. namun apabila difikirkan soal duit hasil dari ceramah tersebut maka aku gagahkan jua, nak harapkan gajiku yang sedikit memang tidak cukup.
kerja masih pasif diatas meja mengajiku, banyak lagi yang harus dilakukan, entah bila lagi dapat aku coretkan perasaan dan cerita panjang di dalam blog ini. Otak hanya tertumpu kepada K.E.R.J.A. akhirnya aku mengalah. Moga ada lagi hari esok buat penulis daif seperti aku mencoretkan kisah suka dan duka bagi perkongsian bersama.
Comments
Post a Comment