Posts

Showing posts from March, 2012

berkejar masa

"masa itu sering mencemburui kita" kata yang x putus2 aku dengar seawal aku dibangku sekolah. namun saat ini aku memahami makna setiap waktu yang aku lalui, sering tidak cukup masa segalanya berlaku dan berlalu dengan pantas, aku mengejar, mengejar dan mengejar lagi semakin aku kejar semakin jauh untuk menggapai, namun aku tidak dapat berhenti, mengejar bukan sekadar impian tetapi sebuah kedudukan. yang ku kejar itu tiada pemiliknya, walaupun seakan bodoh mengejar rugi... bodoh! bodoh! bodoh! aku marah?? tetapi kepada siapa?? kepada diri? aku semakin lemah.. ada yang tidak perlu mengejar hanya tunggu, tunggu dan tunggu, mereka gembira.. mungkin mereka bijak, bijak menunggu peluang aku hanya tersenyum dan kadangkala gagal. aku masih berkejar... kejar lagi dan lagi... masa terasa sempit... usia semakin meningkat, takut tiada masa selagi ada masa aku akan terus mengejar dan berkejar... * saat mata berat    3.15 petang    bilik pejabat tingkat 3

kerja Hujan

suhu berada pada takat beku saat mata tertumpu pada kaca tingkap mendung datang lagi, kini membawa bersama hujan waktu ini seakan mata mahu lelap tatkala perlumbaan berlaku diluar sana kerja hakiki menjadi bahan untuk tidak senang duduk mengejar dateline itulah manusia bekerjaya sana sini ada sahaja gayanya kadangkala tidak sempat menghitung saat lapar dan rehat tangan laju mencakar papan kekunci orang lalu lalang tidak dihirau apatah lagi mengenal mereka apabila penat lagu bayangan jadi peneman menghilangkan gusar, hilangkan tekanan.