berkejar masa

"masa itu sering mencemburui kita"
kata yang x putus2 aku dengar seawal aku dibangku sekolah.
namun saat ini aku memahami makna setiap waktu yang aku lalui,
sering tidak cukup masa
segalanya berlaku dan berlalu dengan pantas,

aku mengejar, mengejar dan mengejar lagi
semakin aku kejar semakin jauh untuk menggapai,
namun aku tidak dapat berhenti,
mengejar bukan sekadar impian tetapi sebuah kedudukan.

yang ku kejar itu tiada pemiliknya,
walaupun seakan bodoh mengejar rugi...
bodoh! bodoh! bodoh! aku marah??
tetapi kepada siapa?? kepada diri?
aku semakin lemah..

ada yang tidak perlu mengejar
hanya tunggu, tunggu dan tunggu, mereka gembira..
mungkin mereka bijak, bijak menunggu peluang
aku hanya tersenyum dan kadangkala gagal.

aku masih berkejar...
kejar lagi dan lagi...
masa terasa sempit...
usia semakin meningkat, takut tiada masa
selagi ada masa aku akan terus mengejar dan berkejar...

* saat mata berat
   3.15 petang
   bilik pejabat tingkat 3

Comments

Popular posts from this blog

JAHIL

kemelut di muara kasih..

BAHAGIA UNTUK SEORANG BAPA