Posts

Showing posts from July, 2013

SEMALAM HARI RAYA, HARI INI HARI RAYA, ESOK JUGA HARI RAYA..MUNGKIN TIADA LUSA....

hari ni dah masuk 22 Ramadhan saat ramai manusia menghitung masa menunggu ketibaan syawal wajah ceria dengan segala perancangan beraya lagu raya semakin rancak kedengaran di corong-corong radio, waktu itu tertinggal perlahan-lahan.... ketika kita.... kanak-kanak menyambut raya banyak karenahnya mercun berdentum sana-sini hilai ketawa tiada duka ketika kita.... di alam remaja beza caranya ceria terukir saat sambut raya baju ditempah ikut sepadan bergaya sakan dengan tersayang ketika kita... di asrama tidak kurang hebatnya hati sedih saat lagu raya berkumandang teringat ibu ayah tempah tiket seawal yang boleh agar tidak terlepas beraya dikampung ketika kita... mula bekerja menunggu pengumuman cuti dan bonus kereta dan baju raya semuanya lengkap almaklumlah duit sendiri. tiada apa yang kurang. ketika kita... berkahwin raya disambut dengan syukur terasa indah menyambut raya kekusutan muncul saat keputusan balik beraya balik rumah mertua dengan muka men

INI BARANG BAIK!!!

sudah lama aku tidak mencurah idea pada blog usang ini..blog yang usang kerana aku hanya boleh menulis namun tidak pandai mewarnainya dengan theme2 yg menarik...jengah sahaja blog lain berwarna-warni, dan nampak lebih menarik minat yg lain untuk membaca, tapi Alhamdulillah walaupun tidak seindah namun aku masih boleh beritistiqamah menulis bait-bait kata disebalik kehidupan ku sebagai manusia biasa, dan Istiqamah ini membawa aku kepada niat berkongsi dan mendedahkan apa dan siapa kita sebagai manusia...mungkin boleh diambil pengajaran. hari ini sudah berada di 9 Ramadhan 1434H dan telah masuk hampir 3 tahun aku memegang jawatan sebagai pegawai khidmat pelajar. suka dan duka bersama anak muda seusia adik-adikku menjadikan aku lebih matang. kritik itu perkara biasa, kerana manusia tidak lari daripada suka kritik, dan kritik itu sebenarnya motivasi untuk bangkit. sudah lama idea ini tidak diluahkan disini, kesibukan aku kadangkala membataskan aku untuk berpijak di bumi yang nyata, a