INI BARANG BAIK!!!

sudah lama aku tidak mencurah idea pada blog usang ini..blog yang usang kerana aku hanya boleh menulis namun tidak pandai mewarnainya dengan theme2 yg menarik...jengah sahaja blog lain berwarna-warni, dan nampak lebih menarik minat yg lain untuk membaca, tapi Alhamdulillah walaupun tidak seindah namun aku masih boleh beritistiqamah menulis bait-bait kata disebalik kehidupan ku sebagai manusia biasa, dan Istiqamah ini membawa aku kepada niat berkongsi dan mendedahkan apa dan siapa kita sebagai manusia...mungkin boleh diambil pengajaran.

hari ini sudah berada di 9 Ramadhan 1434H dan telah masuk hampir 3 tahun aku memegang jawatan sebagai pegawai khidmat pelajar. suka dan duka bersama anak muda seusia adik-adikku menjadikan aku lebih matang.

kritik itu perkara biasa, kerana manusia tidak lari daripada suka kritik, dan kritik itu sebenarnya motivasi untuk bangkit.

sudah lama idea ini tidak diluahkan disini, kesibukan aku kadangkala membataskan aku untuk berpijak di bumi yang nyata, apatah lagi status kehidupan aku telah bertukar paksinya, tiada lagi era zaman bujang, yang tinggal hanyalah tanggungjawab aku sebagai suami dan bakal seorang bapa..

kadangkala terfikir untuk aku berkongsi pengalaman menjadi seorang suami dan bakal bapa...kehidupan yang kadangkala tidak dijangka perubahannya di tempuhi dengan hati yang ikhlas demi menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah yang hidup di bumi Allah ini. Namun kalau nak diceritakan mungkin perlukan banyak masa...InsyaAllah suatu ketika pengalaman itu akan dikongsi bersama.

Namun percayalah bahawa sesuatu yang dilakukan sebenarnya tidaklah semudah yang disangka namun Allah itu ada untuk membantu.

InsyaAllah eok-esok idea ini akan berkembang lagi. kita akan berkongsi lagi////



bilik mengaji
mesej berbunyi
pen dan buku nota jadi peneman...

Comments

Popular posts from this blog

BICARA HATI

HARI CATATAN~

terima kasih atas pemberian itu...