Posts

Showing posts from 2014

Aku Ayah dan Suami....

kebil-kebil mata ini, merah-merah tidak tertahan lalu menitis air pasrah tunduk layu gugur kesayuan melihat anak dan isteri saat aku pulang dari kerja panjang tidak tertahan rindu mendengar berita dari jauh ternyata anakku semakin menginjak bijak pelukannya erat seperti melepaskan rindu pada papanya, aku tahan sebak ini.. aku lihat disudut wajah lesu isteri ternyata puas melihat telatah dalam pelukan anak dan bapak tersembunyi satu kepahitan mencengkam sakit yang dalam! aku rangkul tangan mama naufal perlahan-lahan rasa itu aku dapat baca aku minta bersabar hanya kekuatan menjadi peneman, Semuanya ketentuan., aku berinya kekuatan kekuatan untuk mencari jalan agar tidak sesekali putus asa... kita belum lagi mahu pergi! kita belum lagi tiada harapan! hanya sedikit dugaan yang meneguhkan iman menjalinkan lebih kasih sayang Aku banyak diam! diam tanda aku tahan tahan tidak mahu tunjuk lemah hanya mahu bersabar dan tidak mahu mengeluh aku juga kadang t

TERDUDUK...

Aku berhadapan dengan jadual songsang yang tidak pernah memberi peluang aku berhenti sebentar menarik nafas panjang dihantui suara-suara sumbang menghela nafas panas yang membuat aku tidak duduk senang... Hari berlalu sepejam aku menutup mata melupakan sisa-sisa atas langkah yang diukir tanpa pandangan sesiapa aku dengan hal aku bangun jatuh sendiri nampak selalu keji jarang dipuji. Hari ini secelik aku memadam yang lalu namun ternyata ada lagi dia disitu memandang dengki bersama nafsu kulat dan mata dosa nafas aku tersekat terduduk aku meratapi dugaan yang mencurah ternyata aku biasa punya nurani sejernih kaca mampu pecah bila-bila masa.... Aku!!!! lesu penat.. senak... pucat... semput... adakah kamu tahu!!!! Yang Aku!!!!... lesu penat.. senak... pucat... semput... mencarut lagi!!! terduduk atas kerusi mengaji muka pucat lesu hanya berbaring mengurut kepala....... 11.45 tghari..