ANTARA KEBAIKAN DAN KEBURUKAN
Assalamualaikum w.b.t Moga ada yang tersinggah di entry ini juga blog usang ini walaupun ianya sudah ketinggalan zaman, saat teknologi semakin pesat, media sosial tempat menyampaikan apa sahaja, baik info mahupun omongan yang mudah sahaja dilihat dan dibaca. Aku berdoa agar blog ini dapat dijenguk oleh mereka-mereka yang mencintai ilmu dan mungkin juga pendosa seperti aku mencari sesuatu yang dapat menyuntik hati. Selawat dan salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dan para sahabat baginda. Alhamdulillah, sehari demi sehari penulisan ini terasa semakin membuatkan aku mahu menggunakan perkataan sopan dan manis tidak seperti entry awal saat blog ini dibuat. asalnya blog ini lebih kepada melepaskan rasa geram dan marah., perihal manusia yang tidak pernah habis malah sesuatu yang mempengaruhi kehidupan aku, keluh serta penat lelah semua diceritakan disini. Percaya atau tidak apa yang kita fikir dan bertindak bergantung kepada hati, pada ketika itu hati in