ANTARA KEBAIKAN DAN KEBURUKAN
Assalamualaikum w.b.t
Moga ada yang tersinggah di entry ini juga blog usang ini walaupun ianya sudah ketinggalan zaman, saat teknologi semakin pesat, media sosial tempat menyampaikan apa sahaja, baik info mahupun omongan yang mudah sahaja dilihat dan dibaca.
Aku berdoa agar blog ini dapat dijenguk oleh mereka-mereka yang mencintai ilmu dan mungkin juga pendosa seperti aku mencari sesuatu yang dapat menyuntik hati.
Selawat dan salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dan para sahabat baginda.
Alhamdulillah, sehari demi sehari penulisan ini terasa semakin membuatkan aku mahu menggunakan perkataan sopan dan manis tidak seperti entry awal saat blog ini dibuat. asalnya blog ini lebih kepada melepaskan rasa geram dan marah., perihal manusia yang tidak pernah habis malah sesuatu yang mempengaruhi kehidupan aku, keluh serta penat lelah semua diceritakan disini.
Percaya atau tidak apa yang kita fikir dan bertindak bergantung kepada hati, pada ketika itu hati ini terlalu kotor mungkin...
Alhamdulillah Allah membuka mata hati agar aku dapat berfikir apa yang aku mahukan dalam kehidupan seharian.
didalam dunia ini tidak ada banyak pilihan hanya 2 iaitu baik dan buruk. Itulah kehidupan
Begitu juga Allah ciptakan muka bumi yang terkandungnya pelbagai makhluk yang berjenis , bersuku, berpuak dengan pelbagai warna dan bentuk.
Namun Allah tidak memandang semua itu kerana DIA yang menciptakannya namun yang dilihat adalah amalan. ALLAHU! aku yang menulis aku juga tersentak... jauh lagi aku dengan RahmatMU ya ALLAH.
Dalam kita sedar ataupun tidak, banyak yang dipilih adalah keburukan. tidakkah kita fikir sejenak sesuatu yang telah ada secara semulajadi yang sememangnya baik telah diubah malah dimanipulasi mengikut pandangan majazi yang sememangnya tidak sempurna.
Allahuakar! aku juga begitu. hati ini meronta-ronta bertanya kenapa? kenapa? dosa terus dilakukan samada sedar atau pun tidak. Allah telah beri jalan yang halal mengapa yang haram juga dipilih?
semoga Allah buka jalan agar kebaikan bersama dengan kita...
10.18 pagi Dhuha

Comments
Post a Comment