Posts

Showing posts from March, 2011

Menyukat Ikhlas Diri

Image
baru-baru ni selepas pulang lewat dari kerja, niat ingin mendapatkan buku -buku ulangkaji untuk anak muridku, kerana setiap malam selasa, rabu dan khamis aku menambah pendapatan dengan mengajar kelas tuisyen. jadi aku terus bergegas ke Jusco. sesampainya ke kedai Buku popular,aku masuk dan terus mencari-cari buku latihan tersebut,
sedang membelek2 buku, di rak yang yang lain, aku terlihat satu buku yang berjudul "Menyukat Ikhlas Diri", tertarik untuk membacanya lalu aku belek isi kandungan buku tersebut, isinya agak menarik untuk aku kongsikan dengan pembaca-pembaca sekalian, buku tersebut ditulis oleh Misbah Em Majidy. 
apa yang menarik di dalam buku tersebut, penulis mengambil ayat-ayat Al-quran sebagai penguat kepada hujah berkenaan dengan apa yang dikatakan dengan "Keikhlasan", membaca buku ini aku menyedari bahawa kita sering mengatakan bahawa kita ikhlas namun kita tidak sedar apa yang sebenarnya dikatakan dengan ikhlas?.
apa yang aku faham dengan buku ini adala…

tidak mungkin kerana sayang

mata terus fokus ke arah jendela...aku masih buntu dengan kerja pejabat yang tidak pernah surut-surut. semangat aku seperti dimamah oleh hati yang tidak gembira dengan situasi begini...sudah beberapa hari aku mengambil cuti sakit akibat daripada kemalangan yang tidak disengajakan...aku keseorangan disini, tiada siapa yang mahu mendengar. aku rebahkan badan di dada kerusi empuk dengan dengusan keluh panjang. sampai bila aku harus begini. menghitung hari-hari datangnya diri sebenar, terasa seolah sia-sia.

mata meliar kiri dan kanan mencari-cari idea agar dapat ku teruskan perjalanan tanganku., kerja masih serabut disitu, aku seakan hilang arah dan cara untuk menyelesaikan masalah walaupun aku tidak pernah meletakkan ia sebagai masalah. kepercayaan ku pada semua hilang sekelip mata yang terfikir hanya melepaskan tengkuk sendiri.

akal tidak dapat lagi berfungsi, mata semakin berat tanda mahu sahaja ku melayan mimpi di panas hari...

HARI CATATAN~

dah lama rasanya tidak mengulangi apa yang biasa dilakukan masa belajar dalam kelas dulu...dah lama aku tinggalkan dunia catatan setiap minit masa nota di dalam kuliah mahupun di dalam kelas..hari ini aku mengulangi sejarah itu, melihat, memikir, mencatat dan menyusun setiap helaian bidang tugasku di tempat kerja, seperti masa mentelaah pelajaran ketika exam menjelang dan ketika due date assighment tiba...


helaian masih banyak di atas meja, fikiran mula berkecamuk, ada saja kerja yang harus dilakukan...biasalah alam pekerjaan, mengadap kertas kerja, fail dan skrin laptop 8 jam membuatkan aku kadang-kadang mual...namun inilah kerja berbayar, ku tempuhkan jua...


entah kenapa hari ini kerja yang bertimbun membuatkan aku tidak dapat duduk diam di atas kerusi roda pejabat, panggilan telefon sering memanggil namaku hingga bunyinya seakan menjadi bunyi mainan kaset lagu yang berputar2 lagu yang sama. namun hari ni aku seperti rela tiada kegusaran seperti telah lama berkecimpung dalam arena ini…