Menyukat Ikhlas Diri
baru-baru ni selepas pulang lewat dari kerja, niat ingin mendapatkan buku -buku ulangkaji untuk anak muridku, kerana setiap malam selasa, rabu dan khamis aku menambah pendapatan dengan mengajar kelas tuisyen. jadi aku terus bergegas ke Jusco. sesampainya ke kedai Buku popular,aku masuk dan terus mencari-cari buku latihan tersebut,
sedang membelek2 buku, di rak yang yang lain, aku terlihat satu buku yang berjudul "Menyukat Ikhlas Diri", tertarik untuk membacanya lalu aku belek isi kandungan buku tersebut, isinya agak menarik untuk aku kongsikan dengan pembaca-pembaca sekalian, buku tersebut ditulis oleh Misbah Em Majidy.
apa yang menarik di dalam buku tersebut, penulis mengambil ayat-ayat Al-quran sebagai penguat kepada hujah berkenaan dengan apa yang dikatakan dengan "Keikhlasan", membaca buku ini aku menyedari bahawa kita sering mengatakan bahawa kita ikhlas namun kita tidak sedar apa yang sebenarnya dikatakan dengan ikhlas?.
apa yang aku faham dengan buku ini adalah keikhlasan itu tidak akan datang jika kita melakukannya kerana manusia kerana yang dikatakan ikhlas itu adalah buat kerana "ALLAH" berdasarkan
surah Al-Baqarah 2:24
"ada dari sebahagian manusia , yang bicaranya amat menakjubkanmu dalam kehidupan duniawi. Tapi Allah SWT membuktikan atas apa isi hatinya, ternyata ia sebenarnya adalah seorang musuh yang amat jahat."
berapa ramai yang dengan mudah mengucapkan, " Aku Ikhlas." namun siapa yang dapat menyukat keikhlasan itu? siapa yang dapat membezakan sama ada ungkapan itu benar-benar ikhlas atau hanya mainan di bibir sahaja?
tanpa ikhlas ibadah yang berpuluh tahun dilaksanakan hanyalah bak debu-debu berterbangan. tanpa ikhlas juga amalan yang bertimbun akan menjadi kosong di hadapan Maha Pencipta nanti.
Oleh itu marilah sama2 kita menyelak hati. pastikan cahaya ikhlas benar-benar tertanam di dalam hati. mungkin buku ini dapat memandu kita dalam membina asas yang paling dasar dalam amal perbuatan setiap Muslim iaitu Keikhlasan hati.
Comments
Post a Comment