kerja Hujan

suhu berada pada takat beku
saat mata tertumpu pada kaca tingkap
mendung datang lagi,
kini membawa bersama hujan

waktu ini seakan mata mahu lelap
tatkala perlumbaan berlaku diluar sana
kerja hakiki menjadi bahan
untuk tidak senang duduk mengejar dateline

itulah manusia bekerjaya
sana sini ada sahaja gayanya
kadangkala tidak sempat menghitung saat lapar dan rehat
tangan laju mencakar papan kekunci

orang lalu lalang tidak dihirau
apatah lagi mengenal mereka
apabila penat lagu bayangan jadi peneman
menghilangkan gusar, hilangkan tekanan.

Comments

Popular posts from this blog

terima kasih atas pemberian itu...

Mabuk Tak Hensem,Tapi Bijak...by embush...

Pocket Inspired: Tentu nak wangi