Mabuk Tak Hensem,Tapi Bijak...by embush...


Mogan(bukan nama dia pun),selalu jumpa aku kalau dia nampak aku kerja petang tu.Paling kurang satu dua cerita mesti ada,kadang-kadang cerita peribadi,diskriminasi orang macam dia ,dan cerita yang tak masuk akal untuk aku.Bahasa dia diselang- seli dengan english.

Susah aku nak terjemah cerita dia.Entah kenapa seronok sangat bercerita untuk aku.Mungkin bagi dia,aku seorang pendengar setia.

Bila duit jaga parking banyak,mabuk dia bukan main lagi,cerita bertambah rancak,bertambah aku tak faham.Menyanyi lagu Deep Purple tak sedap langsung,.Cuma dia pengulas politik yang hebat juga.Ada idea dan sangat progresif orangnya.

Orang anggap kami kawan baik.Tak pun,aku cuma dengar dia cakap dan dia jarang nak dengar aku cakap.Kalau dia bukan jenis pemabuk,entah sekarang dia seorang cikgu aku rasa.

Comments

  1. cerita combat di'export' ke blog kamu ye. Letakla link sekali baru la orang xkata ciplak idea tulisan orang.

    ReplyDelete
  2. z: ak x reti nk ltk link he3...tu yg ak copy paste...tp ak ltk nm combat skali....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

JAHIL