Posts

Showing posts from October, 2012

SENYUM SENDIRI

Image
Sudah malam rupanya! hati seakan terkejut dengan waktu yang menginjak laju. baru sekejap tadi bersama dengan tunangku menghabiskan ruang waktu yang hanya ada seketika. Cuaca malam terasa dingin baru sebentar tadi berada dalam kereta membelah hujan lebat. Dingin semakin terasa selepas badan dicuci dengan air bersih.  Selepas solat idea berputar-putar mencari tempat untuk diluahkan, Kosong! bukan pada waktu ini, hati ini terisi dengan kenangan yang baru tadi terukir, ternyata sukar untuk jauh dengannya, hati harus bersabar kerana masa itu bukan lama.

 ___________________________     fikir lagi    ___________________________

Terasa kipas seperti menggeleng kearahku bagai tidak mahu melihat aku cergas lagi dihadapan skrin komputer. Tersenyum sendiri, apabila terasa semua indah dunia seakan dalam imiginasi liar, semua hidup walaupun dalam lukisan, ternyata ada penangan disebalik itu, hati ini tidak pernah goyah.


mata berat
badan menangguh letih
simpan idea untuk esok

SUJUDKU

Image
Sejuk pagi ini terasa hingga ke tulang temulang,
masa sentiasa berputar malam dan pagi,
kokokan ayam memecah hening subuh,
suara azan sayup-sayup kedengaran.

Aku gagahkan jua jasad ini,
menunaikan kewajipan yang sejak azali diwajibkan,
mimpi tadi segera ku tamatkan,
langkah lesu dan longlai.

Terasa segar air sejuk membasahi pancaindera,
aku bentangkan sejadah,
menyarungkan kain suci dan songkok di kepala,
masa bersama denganNYA,

SUJUD ku hanya untuk MU ya ALLAH,
ketenangan menyebut namaMU,
mahu sahaja aku berada dipangkuanMU,
kerana ku tahu disitu ada bahagia selamanya.

Doaku panjang,
terasa seperti manusia yang terlalu hina dihadapanNYA,
mahu sahaja aku sujud selamanya,
agar hapus dosa-dosa itu.

Ingin sahaja ku bawa bersama,
kerana ku percaya itu senjata,
senjata melawan segala noda,
noda dunia yang sentiasa menghasut

Aku bersujud lagi,
sujud dengan memohon keampunan,
moga ianya sampai ke langit,
di bawa malaikat dengan harapan,
agar diterima dan dikabul segala permintaan,

Aku menarik nafas…

SENI

Image
Seni itu luas
seluas samudera yang terbentang luas
lebih luas jika kita dapat menelusuri satu persatu
dan akhirnya ia sebati dengan jiwa
seni itu halus bukan ada pada semua hanya yang mendalami
lalu mencintai membawanya bersama-sama.
lalu ia mewarnai setiap sudut, ruang dan waktu

seni itu cantik
jika di lihat ia cantik
lalu di sulam dengan kasih dan sayang
maka terukir sebuah keindahan
membentuk satu jalinan
menarik perlahan-perlahan
lalu menjadi sebuah ceritera

seni itu indah
jika di hias dengan kemanisan
taburan wangian menjadi penambah
lalu diterap dalam mimpi dan impian
dan membenihkan sebuah santunan
kata dan kiasan menghasilkan harapan

seni itulah kehidupan
kehidupan lahir dari seni jiwa
membawanya memahami alam
lalu mengenal diri...
diri ini adalah seni
seni mempertahankan kelebihan
kesempurnaan yang dicipta Tuhan
membezakan dari yang lain...

seni itu hidup
jika dibiarkan ianya hidup dalam sanubari




bilik tidur
(mata semakin berat menahan penat )
11.32 malam
rumah mak abah..