SUJUDKU
Sejuk pagi ini terasa hingga ke tulang temulang,
masa sentiasa berputar malam dan pagi,
kokokan ayam memecah hening subuh,
suara azan sayup-sayup kedengaran.
Aku gagahkan jua jasad ini,
menunaikan kewajipan yang sejak azali diwajibkan,
mimpi tadi segera ku tamatkan,
langkah lesu dan longlai.
Terasa segar air sejuk membasahi pancaindera,
aku bentangkan sejadah,
menyarungkan kain suci dan songkok di kepala,
masa bersama denganNYA,
SUJUD ku hanya untuk MU ya ALLAH,
ketenangan menyebut namaMU,
mahu sahaja aku berada dipangkuanMU,
kerana ku tahu disitu ada bahagia selamanya.
Doaku panjang,
terasa seperti manusia yang terlalu hina dihadapanNYA,
mahu sahaja aku sujud selamanya,
agar hapus dosa-dosa itu.
Ingin sahaja ku bawa bersama,
kerana ku percaya itu senjata,
senjata melawan segala noda,
noda dunia yang sentiasa menghasut
Aku bersujud lagi,
sujud dengan memohon keampunan,
moga ianya sampai ke langit,
di bawa malaikat dengan harapan,
agar diterima dan dikabul segala permintaan,
Aku menarik nafas panjang,
dihadapan masih ada lagi kehidupan,
kehidupan yang mencabar,
ku akui cabaran itulah dugaan,
dugaan menekan keimanan,
sejauh mana manusia mampu bersabar,
kerana sabar itulah,
sebenarnya KEKUATAN....
Comments
Post a Comment