SENYUM SENDIRI
Sudah malam rupanya! hati seakan terkejut dengan waktu yang menginjak laju. baru sekejap tadi bersama dengan tunangku menghabiskan ruang waktu yang hanya ada seketika. Cuaca malam terasa dingin baru sebentar tadi berada dalam kereta membelah hujan lebat. Dingin semakin terasa selepas badan dicuci dengan air bersih. Selepas solat idea berputar-putar mencari tempat untuk diluahkan, Kosong! bukan pada waktu ini, hati ini terisi dengan kenangan yang baru tadi terukir, ternyata sukar untuk jauh dengannya, hati harus bersabar kerana masa itu bukan lama.
___________________________ fikir lagi ___________________________
Terasa kipas seperti menggeleng kearahku bagai tidak mahu melihat aku cergas lagi dihadapan skrin komputer. Tersenyum sendiri, apabila terasa semua indah dunia seakan dalam imiginasi liar, semua hidup walaupun dalam lukisan, ternyata ada penangan disebalik itu, hati ini tidak pernah goyah.
mata berat
badan menangguh letih
simpan idea untuk esok
Comments
Post a Comment