berubah 360 darjah

sedar tidak sedar usia aku telah pun menjangkau 25 tahun. usia kerjaya aku telah pun meningkat 5 bulan...setiap saat dihitung pagi dan petang, berhadapan dengan pelajar yang penuh dengan kerenah sehingga aku sudah menjadi sebati dengan dunia mereka, kerenah birokrasi yang tidak dapat dielak dimana-mana, politik menjadi permainan bergaji, suara-suara baik dan buruk sentiasa menjengah sehingga tidak dapat dikawal buat pekakkan telinga, hari demi hari memberi satu putaran yang berbeza dengan duniaku sebelum ini...sudah hilang keseronokan gelak tawa bersama rakan sekelas, sudah hilang gurauan manja dengan pensyarah...semua itu menjadikan aku berdiri di paksi yang berbeza...tempuh jua saat ini kerana aku percaya mungkin aku sedikit manja dari mereka yang telah lama bertapak disini...namun entah kenapa sering sahaja kesihatan ku menjadi tidak stabil, jika dahulu akulah yang paling sukar untuk sakit namun dalam tempoh 5 bulan, sudah berkali2 aku ditimpa demam sehingga sudah malas rasanya untuk berjumpa doktor.

entah kenapa aku sering ditegur oleh pelajar dan rakan sekerja dengan perubahan wajah yang sering aku tonjolkan saat berada ditempat kerja...ada sahaja mata yang memerhati kiri dan kanan yang nampak perubahan jelas tanda aku di rundung muram...namun seringkali aku cuba melenyapkan duka itu kerana aku percaya ini bukan hal kerja semata-mata mungkin keletihan memikirkan sesuatu yang belum pasti menjadikan aku begini, kalau dilayan merana badan...akhir-akhir ini aku jadi tidak seperti dulu, kelincahanku dipadang lenyap, aku sering ketandusan semangat, fikiran sering terganggu...tumpuan aku hilang...mungkin aku perlu cuti yang panjang..tapi untuk apa??? kerana cuti itu membuat aku lebih tenat menghadapi kerja yang tidak pernah selesai...

aku positifkan jua saat menghitung hari dan perbelanjaan menghadapi hari esok...banyak lagi yang harus aku tempuh ,untuk itu tidak perlu aku manjakan diri...aku cuba menghargai pengalaman yang ada disini, mengenali pelbagai manusia yang berbeza hirarki, rupa dan cara, ada yang terlalu "rigid" seperti tidak pernah belajar erti bertoleransi ada yang terlalu ramah sehingga tidak terlayan, ini kadangkala membuatkan aku tersenyum. Teringat pula kata2 seorang yang pernah melihat aku sebegini...mungkin kahwin dapat melenyapkan perubahan sedikit demi sedikit yang memakan sisa kebahagian zaman terunaku...kata orang carilah isteri supaya boleh jaga makan minum...tapi tidakkah ia terlalu awal untuk aku gerakkan putaran paksi berubah 360 darjah sekelip mata tanpa perlu menunggu masa...

aku ketandusan idea untuk diterjemah melalui tulisan blog...aku rehat dahulu..moga-moga esok akan ada cerita indah...

Comments

Popular posts from this blog

BICARA HATI

HARI CATATAN~

terima kasih atas pemberian itu...