keseorangan mencari inspirasi..ada cerita...
Esok seperti biasa hari kembali sibuk, kebiasaannya malam ini aku akan berehat agar esok isninku menjadi lebih ceria untuk memulakan kerja, namun entah kenapa malam ini terasa seakan mahu bersendiri, aku biasanya akan bersendiri kalau perlukan inspirasi untuk menulis, tapi semenjak berada dalam dunia pekerjaan ini masa tu jarang memberi kesempatan untuk aku berkarya, sebaliknya aku bergelumang dengan tekanan dan kesibukan. seperti biasa untuk memudahkan aku mendapatkan internet secara percuma, aku akan berada di Mcd sehingga pagi sambil melihat gelagat pelbagai ragam manusia. sedang asyik melayan makan malam Mcchiken burger dan coffee teringat pula satu karya yang aku pernah tuliskan hasil daripada kisah benar seorang pelajarku, cerita yang telahku olah menjadi satu kisah analogi yang cukup bermakna bagiku, mungkin orang lain kurang memamahi isinya kerana ianya agak mendalam agar aku dapat merahsiakan jalan sebenar ceritanya. dan hari ini aku buka kembali plotnya untuk dikongsi dan di