Di Ufuk Fajar karya Aminah Mokhtar

SURAT UNTUK NILAM

sahabatu Nilam yang mulia. aku tahu hati kau ikhlas dan suci. kau orang sembahyang. aku rasa kau selalu ke masjid, dan inilah masjid yang paling hampir dengan tempat kerja kau. nama aku, Zulaikha Fitri, kau masih ingat?

aku terhutang kepada kau pada kata-kata ini - hati-hatilah, dunia ini bnayk jerat. silap langkah, kita tidak berpeluang pulang.

aku kemalangan ketika kesan Ecstacy masih belum hilag. aku tidak sedarkan diri. orang kata hidup aku bergantung pada mesin-mesin. setiap saat aku diseksa bayangan hukuman atas osa-dosa aku. ketiga-tiga anak yang ku jualkan kepada orang bukan islam menjerit-jerit minta diselamatkan. bagaimana mahu selamatkan mereka, nilam? aku tidak pernah tahu siapa yang mengambil anak aku. mereka gunakan nama samaran. mereka tidak mahu dihubungi selepas penjualan itu. masa itu aku fikir apa pentingnya hubungan itu, semuanya sudah aku jualkan dan aku mendapat keuntungan dengan melupakan semuanya. ketiga-tiga janin yang aku bunuh selalu datang menyeksa aku.

Nilam, aku tidak mati di ICU. tetapi dalam kritikal, aku selalu mimpikan kau. aku terdengar kau membaca Al-Quran. aku nampak kau sembahyang. aku nampak kau berdoa di hadapan kaabah. tiba-tiba aku rindukan kau. aku tiba-tiba ingat pada tuhan. ingat pada ALLAH.

Aku jadi takut, Nilam.

Aku berdosa besar.

Pengaruh kawan2 buat aku lupa. aku lupa diri, aku lupa tuhan, aku lupa emak dan ayah dan aku lupa semuanya.

keluar dari ICU aku terus tinggal di masjid ini. setiap saat aku tunggu kau datang. aku mahu pulangkan hutang aku kepada kau, Nilam; hati-hatilah, dunia ini banyak jeratnya. silap langkah kita tidak berpeluang pulang.

Nilang yang mulia,

Aku diberi ALLAH peluang pulang. berkat doa kau dan doa emak ayah aku. Terima kasih, Nilam kerana memandang aku dengan pandangan yang tidak jijik walaupun kau tahu, sejarah hidup aku gelap dan berlondong. Aku manusia dari longkang. tetapi ketika orang lain menutup hidung, meludah aku, kau masih juga mahu memegang tangan aku dan menjirus sebaldi air bersih ke tubuh aku.

Nilam yang mulia,

Di luar sana, masih ramai kawan-kawan aku yang hanyut dalam longkang. Tolonglah selamatkan mereka. Sebusuk mana pun mereka, mereka tetap anak bangsa kita. Selamatkanlah mereka, Nilam.

Nilam, jadilah Rabiatul Adawiyah yang mustajab doanya. Semoga doa kau dapat selamatkan anak-anak bangsa kita daripada hanyut jauh. Hukuman Allah akan datang bukan kepada satu orang yang berdosa, tetapi kepada satu bangsa yang membiarkan dosa.

Jadilah Rabiatul Adawiyah, Nilam. Apabila doa kau sudah mustajab nanti, doakanlah aku dan kawan-kawan aku yang hanyut dalam longkang, mendapat peluag pulang. Doakanlah.


bau kapur barus meremang seusai surat yang dibaca. dalam bungkusan kain kafan, tubuh Zulaikha Fitri sudah tidak bernyawa lagi.

Comments

  1. x r ni aku amik dr novel yg aku bli berkisar kehidupan....tajuknya di ufuk fajar...saje nk berkongsi...mmg best...cuma ayat2 ni aku campur2 bg sedap

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

BICARA HATI

HARI CATATAN~

terima kasih atas pemberian itu...