keseorangan mencari inspirasi..ada cerita...

Esok seperti biasa hari kembali sibuk, kebiasaannya malam ini aku akan berehat agar esok isninku menjadi lebih ceria untuk memulakan kerja, namun entah kenapa malam ini terasa seakan mahu bersendiri, aku biasanya akan bersendiri kalau perlukan inspirasi untuk menulis, tapi semenjak berada dalam dunia pekerjaan ini masa tu jarang memberi kesempatan untuk aku berkarya, sebaliknya aku bergelumang dengan tekanan dan kesibukan.

seperti biasa untuk memudahkan aku mendapatkan internet secara percuma, aku akan berada di Mcd sehingga pagi sambil melihat gelagat pelbagai ragam manusia. sedang asyik melayan makan malam Mcchiken burger dan coffee teringat pula satu karya yang aku pernah tuliskan hasil daripada kisah benar seorang pelajarku, cerita yang telahku olah menjadi satu kisah analogi yang cukup bermakna bagiku, mungkin orang lain kurang memamahi isinya kerana ianya agak mendalam agar aku dapat merahsiakan jalan sebenar ceritanya. dan hari ini aku buka kembali plotnya untuk dikongsi dan digarap agar ianya menjadi lebih bermakna buat semua manusia.

 

Kasih Tak Sampai

Sudah menjadi sebahagian daripada tugas utamaku untuk berhadapan dan berkongsi masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar, namun bagiku masalah biasa bagi remaja seperti mereka adalah cinta dan pelajaran, namun angagapan ku selama ini meleset saat aku mengenali seorang pelajar yang bernama Seri yang datang mengadakan temujanji sesi kaunseling, pada mulanya aku tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan sepanjang sesi mungkin kerana ianya pertama kali bersamaku dan segala rahsianya di kunci rapat-rapat. Namun hasil 4 tahun aku belajar dalam bidang kemahiran kaunseling di Universiti dulu, aku berjaya mendapat kepercayaannya untuk menceritakan kisah yang menggangu hidup dan pelajarannya. aku seakan tidak percaya dengan apa yang diceritakan, wajahku nampak biasa kerana sebagai seorang kaunselor aku perlu nampak natural, namun dalam hati siapa tahu, rasa bercampur baur, sakit hati dan marah seakan menguasai diriku, tiba-tiba persoalan muncul di benakku, jika tidak mahu bertanggungjawab kenapa harus menghukum orang yang tidak bersalah,  

Seri menceritakan segala perit yang dilaluinya setelah mengetahui keadaan sebenarnya bapanya. " bagaimana dapat saya terima keadaan ayah saya, encik?,salahkah saya dilahirkan didunia ini kerana tidak mempunyai bapa seperti mana bapa lain" Seri sebak, air matanya tidak tertahan dan semakin mengalir deras, aku cuba menenangkan keadaannya, "Seri tak bersalah, apatah lagi emak Seri, tapi kenapa ayah buat kami macam ni? ayah sering bertekak dengan mak hanya kerana teman lelaki ayah, " suara seri tersekat-sekat, aku menghulurkan tisu tangan bagi mengesat air matanya, persoalannya membuatkan aku kelu, aku hanya mampu mendengar. Mata Seri kelihatan sayu dan keperitannya tergambar pada wajahnya.

setelah sesi tamat aku sempat meminta Seri untuk memasuki Facbook ku agar memudahkannya berhubung denganku, hanya itu yang dapat kulakukan agar aku menjadi orang yang dapat mendengar luahan kisah peritnya agar ia tidak terus terbuku dalam jiwa Seri yang meronta-ronta mencari arah mana yang harus dilepaskan. 

tinggal beberapa minit waktu kerja berakhir, aku bersandar dikerusi sambil menelaah komen-komen dari Facebook kawan-kawan dan terlihat pada friend requests, aku membukanya dan approve friend, ianya adalah Seri, aku membelek-belek wall nya, pada info wall nya, dia letakkan alamat email blognya, aku terdetik untuk membuka blognya, satu persatu karyanya ku baca, memang itulah medan Seri meluahkan isi hatinya melalui tulisan blog, aku tertarik dengan satu kisah yang ditulisnya,    
Dugaan datang dan pergi, kerana aku masih disini hidup sebagai insan sejati selagi nyawa dikandung badan selagi itu apa sahaja yang telah berlaku pada diriku pasti akan berulang dan menjadi sesuatu yang mungkin pahit atau manis untuk ditelan.
hari berganti hari, seolah ia tetap sama, aku menunggu saat matahari muncul bersama pelangi. mungkin pada ketika itu cahaya menerjah halaman asmara seorang perindu kepada keabadian cinta bersama kehidupan berwarna warni. harapan tinggal harapan saat semuanya ku telan. memang ini semua dugaan.
insan alpa itulah aku, nampak sempurna tetapi tidak pada hakikatnya , seorang yang kuberikan kepercayaan, kerana kepercayaan itu memang hadir darinya bermula saat dia digelar raja istana, namun kini dia juga yang menghilangkan benih2 cinta lalu hanya tertanam setandan benci buatku kepada seorang yang digelar Bapa.
apalah salah aku dilahirkan kedunia hanya kerana tidak mempunyai orang yang sempurna sebagaimana insan lain.
aku termenung tatkala persoalan ini menjengah benakku. tanpa sedar air mata menitis membasahi pipi bagaikan mutiara jatuh ke lantai namun ku rasakan tidak berguna. pada saat kusedar semua ini, duniaku hampir gelap gelita, mengenang diriku seperti bukan miliknya.
namun aku tidak sedar ada lagi insan yang lebih menderita daripadaku, dialah sang ratuku. sang ratu lain berbahagia dengan insan yang bergelar perlindung istana cinta, namun ratuku masih terkapai -kapai seperti tersilap langkah memilih teman hidupnya,
mahu memilih putera raja setanding dengan segala keturunannya namun terpilih putera katak yang datang dari ceruk keladi mana hadirnya. namun itu bisa ditelan kerana ratu itu perempuan biasa mempunyai hati suci seorang ibu. kini sang ratu hidup hilang seri ratunya hanya mampu menyara dua anakanda tercinta. mana pergi sang putera katak, dia dengan dunia lelakinya.
memang perit bagi sang ratu menempuh dugaan sebegitu, namun segala kelemahan lelaki tercinta ditutup rapat-rapat agar benci itu hapus dan tidak sesekali ditanggung oleh anakanda tercinta. namun jahat itu mudah tersebar, seperti sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua, namun aku dipersalahkan kerana aku sendiri melihat dengan mata kepalaku permainan cinta bapaku dengan lelaki dan dunia mereka. namun kutahu bahawa ratu tidak mahu aku melihat putera katak sebagai sebagai seekor katak namun lihatnya sebagai sang raja pemerintah istana. sungguh mulia hati ratuku. 
mengapa tidak dari dulu putera katak memilih katak sahaja sebagai pasangan hidupnya, mengapa dipilih manusia suci mangsa cintanya, adakah putera katak mahu mendapatkan ciuman sang ratu bagi memerlukannya bertukar rupa putera kacak, atau sengaja melindung diri agar ia setanding manusia biasa.
kini aku menjadi mangsa permainan cinta durjana, aku menunggu masa agar aku membesar bebas. memahami duniaku sebagai insan yang mampu berdiri megah. pada ketika itu akulah pembela sang ratu tercinta. mengembalikan takhta yang lama diduduki insan bernama putera durjana kepada yang berhak menerima.
aku harus bersabar menerima segala tohmahan dan rasa kasih hendap seorang ratu kepada anakandanya, namun jauh dari sudut hati benci kepada insan yang dianggap pembawa malapetaka. 
Aku tahan sebak di hati sendiri, berdoa dalam hati, harap-harap Seri kuat dan tabah, Seri perlu kuat untuk menghadapi semuanya. fikiranku teringat saat suara Seri sayup-sayup menceritakan keperitannya, jika aku di tempatnya mungkin aku hilang arah dan sudah tentu aku buang bapaku jauh-jauh. mungkin aku juga akan rasa sakit hati ataupun rasa malu mendapat ayah seburuk itu. Aku berdoa semoga ada sinar hidayah agar ayah Seri dapat mengubah dirinya dan kembali kepada keluarganya.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

BICARA HATI

HARI CATATAN~

terima kasih atas pemberian itu...