untuk tahun yang sibuk


hari ni telah masuk bulan yang ketiga untuk tahun 2012, dan hari ini juga aku mendapat peluang yang hanya seketika mencoret isi hati bersama pengalaman yang dirasa sebagai pembuka tahun 2012, sudah lama rasanya aku tinggalkan blog ini dek kerana kerja-kerja hakiki yang tidak putus2 membelenggu hidupku. itulah yang dikatakan dunia pekerjaan.

aku terus mengorak langkah sebagai peneman buat anak muridku dikala berada dalam duka, kerana itulah tugasku, kadangkala aku perlu bertindak sebagai guru, ayah, abang, mahupun sahabat. bukan mudah untuk mendekatkan diri dengan pelajar2 ku yang pelbagai ragam. mungkin kerana mereka aku terus utuh disini selama hampir setahun setengah sedangkan pada mulanya aku menyimpan hasrat berundur diri dari profession menolong ini.

bukan mudah juga untuk bertindak neutral tanpa menyebelahi mana2 pihak apatah lagi untuk menjadi orang yang disayangi. hari ni mood bekerja agak kurang, terasa penat dan berat kepala. ideaku yang padat membuatkan aku berhenti seketika berfikir soal kerja.

Comments

Popular posts from this blog

BICARA HATI

HARI CATATAN~

terima kasih atas pemberian itu...