Posts

Showing posts from April, 2012

mahu tak mahu!!!!!

Image
"Aku tak mahu yang itu..aku tak mahu yang ini...tapi yang ini macam best...yang itu pon ok...kusut!! semua benda ko nak yang mana yang ko betul-betul nak pun aku tak tahu!!" kadangkala kalau banyak benda yang cantik tapi bila hanya boleh pilih satu, adalah sukar bagi kita untuk membuat pilihan. kadangkala juga bila kita telah memilih, sampai sahaja dekat rumah kita terfikir tentang satu lagi, mungkin dirasa lebih cantek..."kalau pilih yang tadi mesti lagi ok"...telah timbul rasa kesal... Itu biasa berlaku kepada manusia yang tidak dapat lari dari kehendak yang kadangkala lebih dari keperluan~ Begitu juga     kau!!!        kau!!!      kaulah!!!    siapa lagi kau yang tengah baca entry aku ni!!!       yer kau!!! dulu sebelum dapat sesuatu akan timbul rasa "kalau dapat itu pon aku dah bersyukur sangat-sangat tidak payah lebih-lebih"...tapi setelah dapat apa yang kau nak...kau akan rasa x cukup kan??!!ala x yah tipu la...aku tahu!!! sendiri mau i

BINGKISAN PAGI DHUHA

Pandangan aku masih di jendela, idea seakan lambat untuk sampai ke kotak minda. Hari isnin permulaan hari bekerja bagi warga kota dan mungkin juga hari kejutan saraf otot kepala untuk kembali bekerja setelah ianya direhatkan untuk dua hari. Matahari pagi dhuha melampiaskan cahaya samar-samar masuk ke tulang tingkap. ketiadaan orang besar menghilang rasa kekusutan. kejap-kejap rasa itu menjadikan sedikit buas, namun tanggungjawab itu menutup segala kejahatan. Aku ketawa kecil... ketawa yang sentiasa ada penyambungnya aku percaya pada kelebihan waktu ini.. Ianya memberi harapan dan keyakinan pagi yang mana manusia mengatur segala-galanya bagi mempersiapkan segala kemungkinan Isnin yang tidak akan lenyap, begitulah putaran 360 darjah bumi pada paksi aku hanya membingkiskan coretan pembuka pagi isninku cahaya itu semakin membahang, tanda matahari semakin mencacak~ pagi dhuha bakal diganti waktu zohor~ dalam pejabat 9.30 pagi Isnin 2 april 2012 p/s : perut tengah kenyang m