BINGKISAN PAGI DHUHA

Pandangan aku masih di jendela, idea seakan lambat untuk sampai ke kotak minda.
Hari isnin permulaan hari bekerja bagi warga kota dan mungkin juga hari kejutan saraf otot kepala untuk kembali bekerja setelah ianya direhatkan untuk dua hari.
Matahari pagi dhuha melampiaskan cahaya samar-samar masuk ke tulang tingkap.
ketiadaan orang besar menghilang rasa kekusutan. kejap-kejap rasa itu menjadikan sedikit buas, namun tanggungjawab itu menutup segala kejahatan.
Aku ketawa kecil...
ketawa yang sentiasa ada penyambungnya
aku percaya pada kelebihan waktu ini..
Ianya memberi harapan dan keyakinan
pagi yang mana manusia mengatur segala-galanya bagi mempersiapkan segala kemungkinan
Isnin yang tidak akan lenyap, begitulah putaran 360 darjah bumi pada paksi
aku hanya membingkiskan coretan pembuka pagi isninku
cahaya itu semakin membahang, tanda matahari semakin mencacak~
pagi dhuha bakal diganti waktu zohor~

dalam pejabat
9.30 pagi
Isnin 2 april 2012

p/s : perut tengah kenyang makan nasi goreng bawak bekal mak masak.. 

Comments

Popular posts from this blog

JAHIL

BAHAGIA UNTUK SEORANG BAPA

erti sebuah pemberian