pujuk hati yang geram!!!!!


Semakin lama semakin biul jadinya~ entah kenapa sejak akhir-akhir ini hati ku tidak dapat meletakkan manis waktu melakukan sesuatu kerja~ peluang masih belum menyebelahi aku yang duduk atas kerusi dan tempat yang sama namun masih tidak stabil posisinya...dan selagi itu aku sukar untuk merobah status gilaku apabila berhadapan dengan kerja hakiki...tatkala berkomunikasi dengan orang yang bongkak lagi sombong dan berbangga dengan ilmu dan pangkat yang hanya separas buku lali dan tidak sesekali menidakkan arahan yang diberi akhirnya aku yang menjadi mangsa. setiap hari fikiranku dilanda kekacauan..bagaimana untuk aku hentikan semua ini? bagaimana untuk aku mengelak dari berurusan dengan manusia bodoh sombong seperti mereka? mahu tidak mahu aku terpaksa...tidak lagi nampak tanda-tanda yang aku hanya sebentar di sini, entah kenapa kerja ikhlas yang kulakukan sering dipersoalkan dan akhirnya aku juga dipersalahkan kerana menjadi orang yang bertanggungjawab melakukan kerja mereka...arghhhhh terasa mahu sahaja menjerit!!! kadangkala kemarahan ku tidak dapat tertanggung sehingga terasa mahu saja melepaskan tumbukan geram kepada pengkritik bodoh yang hanya pandai mengkritik namun tidak pernah sedar akan diri yang bongkak dan hanya pandai menyusahkan orang~ semoga diri ini sabar menjalani hidup sebagai seorang yang stabil emosi dan hanya coretan ini dapat menghilang sedikit gusar dan merajuk didalam hati~

Comments

Popular posts from this blog

BICARA HATI

HARI CATATAN~

terima kasih atas pemberian itu...