Posts

Showing posts from October, 2012

SENYUM SENDIRI

Image
Sudah malam rupanya! hati seakan terkejut dengan waktu yang menginjak laju. baru sekejap tadi bersama dengan tunangku menghabiskan ruang waktu yang hanya ada seketika. Cuaca malam terasa dingin baru sebentar tadi berada dalam kereta membelah hujan lebat. Dingin semakin terasa selepas badan dicuci dengan air bersih.  Selepas solat idea berputar-putar mencari tempat untuk diluahkan, Kosong! bukan pada waktu ini, hati ini terisi dengan kenangan yang baru tadi terukir, ternyata sukar untuk jauh dengannya, hati harus bersabar kerana masa itu bukan lama.  ___________________________     fikir lagi    ___________________________ Terasa kipas seperti menggeleng kearahku bagai tidak mahu melihat aku cergas lagi dihadapan skrin komputer. Tersenyum sendiri, apabila terasa semua indah dunia seakan dalam imiginasi liar, semua hidup walaupun dalam lukisan, ternyata ada penangan disebalik itu, hati ini tidak pernah goyah. mata berat badan menangguh letih simpan idea untuk esok

SUJUDKU

Image
S ejuk pagi ini terasa hingga ke tulang temulang, masa sentiasa berputar malam dan pagi, kokokan ayam memecah hening subuh, suara azan sayup-sayup kedengaran. A ku gagahkan jua jasad ini, menunaikan kewajipan yang sejak azali diwajibkan, mimpi tadi segera ku tamatkan, langkah lesu dan longlai. T erasa segar air sejuk membasahi pancaindera, aku bentangkan sejadah, menyarungkan kain suci dan songkok di kepala, masa bersama denganNYA, S UJUD ku hanya untuk MU ya ALLAH, ketenangan menyebut namaMU, mahu sahaja aku berada dipangkuanMU, kerana ku tahu disitu ada bahagia selamanya. D oaku panjang, terasa seperti manusia yang terlalu hina dihadapanNYA, mahu sahaja aku sujud selamanya, agar hapus dosa-dosa itu. I ngin sahaja ku bawa bersama, kerana ku percaya itu senjata, senjata melawan segala noda, noda dunia yang sentiasa menghasut A ku bersujud lagi, sujud dengan memohon keampunan, moga ianya sampai ke langit, di bawa malaikat dengan harapan, agar diter

SENI

Image
Seni itu luas seluas samudera yang terbentang luas lebih luas jika kita dapat menelusuri satu persatu dan akhirnya ia sebati dengan jiwa seni itu halus bukan ada pada semua hanya yang mendalami lalu mencintai membawanya bersama-sama. lalu ia mewarnai setiap sudut, ruang dan waktu seni itu cantik jika di lihat ia cantik lalu di sulam dengan kasih dan sayang maka terukir sebuah keindahan membentuk satu jalinan menarik perlahan-perlahan lalu menjadi sebuah ceritera seni itu indah jika di hias dengan kemanisan taburan wangian menjadi penambah lalu diterap dalam mimpi dan impian dan membenihkan sebuah santunan kata dan kiasan menghasilkan harapan seni itulah kehidupan kehidupan lahir dari seni jiwa membawanya memahami alam lalu mengenal diri... diri ini adalah seni seni mempertahankan kelebihan kesempurnaan yang dicipta Tuhan membezakan dari yang lain... seni itu hidup jika dibiarkan ianya hidup dalam sanubari bilik tidur (mata semakin berat menahan