BICARA HATI

Tangan menari mengikut rentak irama, alunan lagu memberi 1001 inspirasi indah
alunan gemalai menggerakkan jari atas papan kekunci dan alunan itu yang membawa aku jauh memahami
hati kecil yang kini sudah dimiliki.

Entah kenapa hati terasa sedikit gundah, seperti manusia yang ada rasa kehilangan dan sedikit rasa itu mungkin mengganggu hari petang dengan cuaca agak mendung menunggu hujan. huh! memang mendalam rasa itu biarpun tiada beza namun hati ini yang tahu...aku rasa sesuatu, sedih!! aku tidak dapat bohong pada hati...

Alunan lagu berdendang pada mendung petang ianya terus berputar bersama detik waktu yang tidak mungkin kembali. Kehilangan itu adalah kenyataan namun pengganti itu pasti!!!

Hari dan waktu sentiasa dalam perhitungan
waktu pagi dan petang berputar belum sempat malam mendatang.
ketawa sebentar sementara sedih menunggu peluang. dan kerana peluang itu manusia betukar rasa gembira dan sedih. Ianya biasa bagi manusia biasa.

Aku berbicara soal hati sebenarnya...sudah lama menggoreng baru sekarang nampak isinya,,..mahu sahaja aku bawa kalian bersama!!! agar kalian tidak mudah pandang kosong akan kata-kata ini. lihat! disana ada dunia, namun kalian tidak tidak pernah sedar dunia orang lain!.

lututku lemah. aku tersadai dibawah kepanasan hati manusia yang sentiasa ada dendamnya. hati mampu mencairkan juga meleburkan. ahhh!!apa yang cuba aku sampaikan.

masa itu ibarat pedang yang bisa mencatas orang yang lambat, mahu tidak mahu ianya harus dikejar. Hati ini harus dijaga tetapi pada siapa???!!tidak mungkin orang lain. biar apa yang terjadi rela aku sendiri yang memujuk hati...

Comments

Popular posts from this blog

HARI CATATAN~

terima kasih atas pemberian itu...