AKU ANAK MALAYSIA

lagi cerita keji yang aku dengar
wanita lagi menjadi mangsa
semua negara sama sahaja
hari wanita disambut atas kejayaan menjadi mangsa kerakusan lelaki keji

semalam
ada lagi cerita bapa rogol anak
di India wanita dirogol dan dibogelkan kerana bercinta dengan lelaki asing
lagi sekali cerita wanita jadi kepuasan nafsu adik beradik..

kisah itu semakin bertambah,
politik juga yang nampak bermasalah
pembangunan sana sini
nilai sosial entah ke mana pergi

aku sayang Malaysia
kerana disitu ada keluargaku
keluarga yang mengajar aku erti kasih sayang
tidak sesekali benci dan dendam

aku sayang malaysia
sebab aku dibesarkan
keluarga aku mengajar aku mengaji
Al-quran dijunjung sembahyang di kerjakan
itu sebenarnya kasih sayang

orang sekarang sudah hilang nilai agama,
masih mahu bangga ilmu inggerisnya,
ilmu inggeris itulah sebenarnya penyumbang kehancuran
mereka tidak percaya,

aku dengar lagi,
kali ini lebih hebat isu kalimah ALLAH
dijaja sana sini,
adakah mereka kenal ALLAH?
bukankah bumi ini DIA punya

mereka masih lagi nak kejar harta dan pangkat
cincin ratusan ribu juta,
kereta mewah-mewah yang perlu pengawal kanan dan kiri
mahu disanjung manusia berduit

tolonglah!!!
lihat ke bawah
jangan terlalu seronok di atas sana
masih ramai lagi tidak makan
masih ramai lagi tidak cukup kasih sayang
ramai lagi binatang buas
yang perlu di belenggu dengan ajaran lurus agama Nabi dan rasul

tolonglah!!!
fikir semua itu
berapa ramai yang masih gagap membaca Al-quran
yang dok kisah hiburan memanjang
berapa ramai lagi sembahyang tonggang-langgang
yang dok kisah tarian songsang.

duit dan kekayaan itu nikmat dari ALLAH
bukan manusia, bukan pemimpin, bukan pengurus Bank
terima kasihlah kepada mereka...
kerana kita rasakan diri mereka tuhan...
yang mesti diagungkan dan diberi mandat

tidak guna berduit jika agama tergadai oiii...
tidak guna duit kalau isteri anak jadi mangsa rogol oiii
tidak guna duit kalau nak keluar rumah pun takut..
tidak guna duit kalau kaya sekejap merananya panjang oiii..

bukan lepas geram
tetapi sedikit keluhan anak Malaysia
aku tidak minta lebih dari sebuah keamanan
kemanan yang membawa kasih sayang manusia dan ALLAH bersama..
wang ringgit tidak berguna jika redha ALLAH entah kemana
kesenangan dunia itu sementara.

keamanan yang bagaimana?
keamanan yang dirasa sebagaimana aku berzikir memuji ALLAH
keamanan yang dirasa seperti aku melangkah masuk ke rumah ALLAH
keamanan yang dirasa saat aku mengangkat tangan memohon doa
keamanan yang dirasa seperti ALLAH dekat denganku...



keamanan itulah sebenarnya kualiti nikmat....


 


Comments

Popular posts from this blog

BICARA HATI

HARI CATATAN~

terima kasih atas pemberian itu...