Posts

Showing posts from 2017

SI BUDAK SUTUN

Hari ini aku simpan dalam sejarah... kisah hidup yang aku alami, mengingat sebuah perjuangan, dalam kotak memori tersemat, biarpun perjuangan yang tidak pernah didendang... Siang malam aku berpayahan mengenal diri, meruntun sanubari saat menjelang pagi, mencari ilmu bukan sekadar helaian buku... tapi realiti perit yang bakal mengubah kepercayaan... Seingat dahulu... seawal mengenal huruf, aku tidak punyai ramai kawan kerana silap pada perwatakanku apa salah aku begini??? Aku berjuang untuk menipu diri... saat kepercayaan aku dirobek... mereka yang sepatut mengasihi, aku bertanya lagi, apa salah aku? Bukan mudah... aku berjuang sendiri untuk memadamkan... segala perihal semalam, agar tidak lagi diintai, walaupun secebis harapan.. Kerana perjuangan itu.. aku dibuli... dihina... dicaci... Akhirnya ia menjadikan aku benci dendam pada kata-kata mereka yang menjatuhkan... Aku bangun!!! seolah membuktikan sesuatu,

NAMA AGUNG

Kebil-kebil mata Seakan mahu melihat semua Namun ianya terbatas Kabur… Aku masih dalam belaian.. Entah tangan siapa… Belaian lembut dan manja Saat lahir ke dunia… Siapa ?? Tidak dapat di cam… Namun aku masih ingat… Satu nama Keluar dari bibir orang soleh menyeru dan memuji selepas tuhan Aku seperti mahu ikut memuji Namun lidah tidak mampu berpetah Aku masih ingat Nama itu…. Nama yang disebut lembut ditelinga Aku terdiam… Seolah menghayati Nama itu bukan nama biasa Nama itu mungkin nama besar Menjadi dambaan Mungkin kekasih yang Maha Pencipta… Siapa Dia? Dimana Dia? Aku pasti bertemu dengannya MUHAMMAD S.A.W
RAMADHAN YANG MENCABAR minggu pertama ramadhan yang indah niat aku untuk lebih menghayati ramadhan kali ini soal ibadah dan puasa agar ramadhan kali ini aku lebih rasa bahagia namun Allah sentiasa menguji disebalik ujian yang mendewasakan memberi hikmah segala pengajaran disamping rezeki yang tidak pernah putus Ramadhan yang mencabar saat isteri tidak dapat melakukan banyak kerja mengurus anak-anak ternyata alahannya cukup kuat tidak terdaya.. aku ambil alih tugas dari penyediaan bersahur, kerja-kerja rumah urusan anak-anak berbuka hinggalah tidurkan anak-anak Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar Allah bagi kekuatan ibadat wajib dan sunat dilakukan walaupun penat Ramadhan yang mencabar agar berakhir dengan cemerlang bulan tarbiah segala amalan kesabaran dan ketabahan moga rezeki terus bertambah....

JAHIL

lagi jauh kau nampak  mereka salah kau jahil lagi jauh kau nampak mereka betul kau jahil lagi jauh kau nampak  mereka bijak kau jahil lagi jauh kau nampak mereka jatuh kau jahil lagi jauh kau nampak  mereka jauh kau jahil hanya orang jahil sahaja  ada banyak masa melihat jauh perihal mereka....   suntingan dari buah fikiran asal dalam catitan buku jam 10.30 pagi