SI BUDAK SUTUN

Hari ini aku simpan dalam sejarah...
kisah hidup yang aku alami,
mengingat sebuah perjuangan,
dalam kotak memori tersemat,
biarpun perjuangan yang tidak pernah didendang...

Siang malam aku berpayahan mengenal diri,
meruntun sanubari saat menjelang pagi,
mencari ilmu bukan sekadar helaian buku...
tapi realiti perit yang bakal mengubah kepercayaan...

Seingat dahulu...
seawal mengenal huruf,
aku tidak punyai ramai kawan
kerana silap pada perwatakanku
apa salah aku begini???

Aku berjuang untuk menipu diri...
saat kepercayaan aku dirobek...
mereka yang sepatut mengasihi,
aku bertanya lagi, apa salah aku?

Bukan mudah...
aku berjuang sendiri untuk memadamkan...
segala perihal semalam,
agar tidak lagi diintai,
walaupun secebis harapan..

Kerana perjuangan itu..
aku dibuli...
dihina...
dicaci...

Akhirnya ia menjadikan aku benci
dendam pada kata-kata mereka
yang menjatuhkan...

Aku bangun!!!
seolah membuktikan sesuatu,
lamunan panjang yang tidak beerti
sampai bila aku begini??
tangis itu tidak mengubah apa-apa

Aku betulkan semula langkah
aku titipkan kepercayaan
aku simpan dalam-dalam
agar ia menjadi penguat...
 
Aku mula mendabik
bertempek...
aku lelaki seperti mereka!!!
punya keinginan yang sama
suara yang sama...
mengapa perlu aku dilihat serong??

Aku ubah kepercayaan mereka
agar tidak lagi cacian itu bernanah ditelinga...

Kerana lampau itu
aku dikerusi ini
meneruskan perjuangan
membawa manusia berpaksi pada jalan

Agar mereka tahu...
hidup ini bukan sekadar menyerah,
menyalahkan tuhan,
namun ia sebuah kehidupan pendek
untuk kau merasai
perjuangan...
yang akhirnya menjadikan kau kuat
agar kau tidak lagi jatuh...

Apa perlu kau soal?
apa perlu kau kesal?
Allah itu Maha melihat

Percaya!!!
tebus kepercayaan itu
pada mata-mata liar
biar apa kata mereka
jangan kau hilang arah
kepercayaan kau atas IMAN

kau boleh berubah
kau boleh terserlah
ramai bangsamu berjaya
kerana mereka percaya...
PERCAYA pada diri mereka...



p/s mata merah
     kelopak bengkak
     idea atas tanduk
     tidak boleh diperap lama
     bilik mengaji
     1.10 tengahari.







Comments

Popular posts from this blog

BICARA HATI

HARI CATATAN~

terima kasih atas pemberian itu...