NAMA AGUNG
Kebil-kebil mata
Seakan mahu melihat
semua
Namun ianya terbatas
Kabur…
Aku masih dalam
belaian..
Entah tangan siapa…
Belaian lembut dan
manja
Saat lahir ke dunia…
Siapa ??
Tidak dapat di cam…
Namun aku masih ingat…
Satu nama
Keluar dari bibir
orang soleh
menyeru dan memuji
selepas tuhan
Aku seperti mahu ikut
memuji
Namun lidah tidak
mampu berpetah
Aku masih ingat
Nama itu….
Nama yang disebut lembut
ditelinga
Aku terdiam…
Seolah menghayati
Nama itu bukan nama
biasa
Nama itu mungkin nama
besar
Menjadi dambaan
Mungkin kekasih yang
Maha Pencipta…
Siapa Dia?
Dimana Dia?
Aku pasti bertemu
dengannya
MUHAMMAD S.A.W
Comments
Post a Comment