Posts

Showing posts from 2018

motivasi 1 : KITA ORANG SUSAH

Hidup ini tiada yang mudah pendek kata semuanya susah tapi bila sebut susah seolah semua tak leh diubah... Susah bukan maksud mengelak sampai bila pun tak mampu bertapak asal semua nak yang mudah takkan kene ludah baru nak tersentak. Kau kene tahu susah kadang buat kau sedar yang susah tu tak sesukar tempuh apa je yang terpapar kene cari makan elak jadi lapar Hey bro!!! susah pe je yang kau rasa? abis dari kecik orang tua kau yg jaga tak ke susahnya mereka bila kau besar nak semua depan mata. Susah tu la dugaan hidup untuk orang yang nak kehidupan bukan untuk orang yang nak senang sikit masalah sejadah pun dah tak pandang Sebelum fikiran kau keracunan sebelum kau bersoal susah senang tengok dulu kiri kanan fikir dulu sebelum mencanang Kau kata kau susah ada lagi yang lagi susah, bukan takat kais pagi dan petang tapi soal hati pun tak mau dipandang yang penting usaha macam kita pendatang selebihnya biar Allah yang rancang Hey bro!!!

TIADA BAKAT

Image
lukisan tangan tidak terlihat rupa tenung lama-lama tidak dapat dibaca kobek ke atas ke bawah juga sama aku capai pensel, lakaran ditambah agar nampak bernyawa agak-agak boleh dirasa.. pokok sungai 2,3 manusia lidi sebuah rumah damai gunung ganang... kicauan burung... seakan lukisan itu tidak berubah sejak hampir 25 tahun lalu aku tiada bakat itu aku tenung lagi kalau-kalau ada yang berubah Ya! ada yang berubah mata aku ligat  aku senyum tanda dapat membaca bairlah aku je tau  apa yang kau baca betulkan pinggang curi-curi masa lihat lukisan  Julai 2018 bilik kerjaya

MANA BENAR?

Tenung kiri kanan dunia tetap sama walau terdengar omongan  perubahan... kebenaran itu dusta ku alih pandangan sudut tepat manusia baru berpijak songsang dalam selaput kulit wajah terbenam muram munafik jalanan berpaut mahkota kemenangan entah beribu kali menggeleng seakan penyakit tiada sembuh lagi kuat hak terdampar lagi teguh batil menghimpit sudahlah jangan dimomok lagi perihal kebenaran.. ada waktu ada masa kiamat pasti tiba...... Jumaat //:meja kerjaya berbaju hijau berseluar yankee