TIADA BAKAT
lukisan tangan tidak terlihat rupa
tenung lama-lama tidak dapat dibaca
kobek ke atas ke bawah
juga sama
aku capai pensel,
lakaran ditambah
agar nampak bernyawa
pokok
sungai
2,3 manusia lidi
sebuah rumah damai
gunung ganang...
kicauan burung...
gunung ganang...
kicauan burung...
seakan lukisan itu tidak berubah
sejak hampir 25 tahun lalu
aku tiada bakat itu
aku tenung lagi
kalau-kalau ada yang berubah
Ya!
ada yang berubah
mata aku ligat
aku senyum
tanda dapat membaca
bairlah aku je tau
apa yang kau baca
betulkan pinggang
curi-curi masa
lihat lukisan
Julai 2018
bilik kerjaya
Comments
Post a Comment