motivasi 1 : KITA ORANG SUSAH
Hidup ini tiada yang mudah
pendek kata semuanya susah
tapi bila sebut susah
seolah semua tak leh diubah...
Kau kene tahu susah
kadang buat kau sedar
yang susah tu tak sesukar
tempuh apa je yang terpapar
kene cari makan elak jadi lapar
Susah tu la dugaan
hidup untuk orang yang nak kehidupan
bukan untuk orang yang nak senang
sikit masalah sejadah pun dah tak pandang
Kau kata kau susah
ada lagi yang lagi susah,
bukan takat kais pagi dan petang
tapi soal hati pun tak mau dipandang
yang penting usaha macam kita pendatang
selebihnya biar Allah yang rancang
tu yang jadi susah...
susah hati....
susah mata...
susah segala
susah-susah kita,
susah lagi orang susah
yang tak sesusah orang yang susah
(dah jgn merepek)
pendek kata semuanya susah
tapi bila sebut susah
seolah semua tak leh diubah...
Susah bukan maksud mengelak
sampai bila pun tak mampu bertapak
asal semua nak yang mudah
takkan kene ludah baru nak tersentak.
kadang buat kau sedar
yang susah tu tak sesukar
tempuh apa je yang terpapar
kene cari makan elak jadi lapar
Hey bro!!!
susah pe je yang kau rasa?
abis dari kecik orang tua kau yg jaga
tak ke susahnya mereka
bila kau besar nak semua depan mata.
Susah tu la dugaan
hidup untuk orang yang nak kehidupan
bukan untuk orang yang nak senang
sikit masalah sejadah pun dah tak pandang
Sebelum fikiran kau keracunan
sebelum kau bersoal susah senang
tengok dulu kiri kanan
fikir dulu sebelum mencanang
Kau kata kau susah
ada lagi yang lagi susah,
bukan takat kais pagi dan petang
tapi soal hati pun tak mau dipandang
yang penting usaha macam kita pendatang
selebihnya biar Allah yang rancang
Hey bro!!!
ni aku nak pesan
kau sudah cukup perhiasan
tapi bila kau tengok orang lalu lalang
kau mula jadi tak tenang,
tu yang jadi susah...
susah hati....
susah mata...
susah segala
kalau itu kau rasa
kau kene mula bertanya
kenapa kau ada didunia
bukan untuk rasa kecewa
apatah lagi merana
betulkan hati
baru betul rasa
baru betul kepala
baru tenang dunia
susah tu tak rasa...
kerana dunia sebenar....
hanya disyurga...
jika Al-quran ,
sunnah jadi pengikat jiwa
inshaAllah bahagia
sampai ke
SANA......
susah-susah kita,
susah lagi orang susah
yang tak sesusah orang yang susah
(dah jgn merepek)
Comments
Post a Comment